06Nov

Google Menarik Diri Daripada Perjanjian Yahoo!

Google

Pada bulan Jun yang lepas, Google mengumumkan kerjasama strategik mereka bersama dengan Yahoo!. Namun begitu, hari ini, Google mengumumkan bahawa mereka telah menarik diri daripada perjanjian strategik mereka itu.

Melalui perjanjian tersebut, Google dijangka akan menyediakan platform pengiklanannya kepada Yahoo!, selain menyediakan iklan yang lebih relevan pada hasil carian enjin Yahoo!. Walaubagaimanapun, selepas 4 bulan mengumumkan kerjasama mereka, Google dan Yahoo! menerima tekanan hebat daripada pelbagai pihak yang menjadikan kerjasama mereka terpaksa berkubur. Selain daripada itu, Google juga terpaksa akur dengan tekanan daripada pihak pengiklan, supaya mereka secara terus menggunakan platfrom Google untuk pengiklanan dalam internet.


Pandang Pertama Google Wave
Kini Pengguna Boleh Menyewa Filem Melalui Android Market
Google Menguji Rekabentuk Yang Lebih Minimalis
Chromium 17 Mula Kelihatan - Chrome 15 Bakal Dilancarkan Tidak Lama Lagi
Facebook Menggunakan Sokongan OAuth Sepenuhnya - Mengubah Kata Laluan Kini Lebih Mudah Dan Pantas

5 Komen

  1. Afzai Afandi pada 06 Nov 2008

    Susah jugak nak dapatkan kata sepakat apabila GERGASI berjumpa GERGASI :)

  2. Fahmishah pada 06 Nov 2008

    haha, aku tak berapa setuju, biarlah google cara google dan yahoo cara yahoo.

  3. menteil pada 06 Nov 2008

    rasanya elok jugak.. biar ada persaingan sihat..

  4. bantingboy pada 10 Nov 2008

    kalau aku, aku pun tak nak..haha..

  5. myzx pada 18 Nov 2008

    aku lagi suke google dari yahoo.. google lebih pantas n smooth.. iklan google aku rase cam lagi meluas dari yahoo… walaupon yahoo lagi lame (1995) dari google (1998).. tapi aku google cam ade konsep dan style yg sendrik yg menyebabkan org ske.. gagaga.. pendapat ler.. jgn terpengaruh lak


Tinggalkan Komen Anda