Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Hari ini, Google memperkenalkan StreetView ke dalam Google Maps, sekaligus menjadikan kedua-dua fungsi ini digunakan dengan mudah serta memperlihatkan fungsi yang amat menarik. Mereka juga memperkenalkan maskot mereka, iaitu Pegman, yang mana boleh di tarik (drag) dan diletakkan pada atas Google Maps.

Pengenalan Pegman dan Fungsi Drag & Drop
Untuk memperlihatkan Google Streetview pada Google Maps, anda hanya perlu meletakkan Pegman pada lokasi yang anda ingin lihat dengan lebih dekat di Google Maps, dan lokasi tersebut akan dizoom dalam bentuk Google Streetview dan diperlihatkan kepada anda.

StreetView Pada Google Maps
Selain daripada itu, anda juga boleh membahagikan skrin kepada dua bahagian, dimana bahagian atas memperlihatkan Streetview dan bawah pula Maps, yang mana menunjukkan anda dengan lebih mudah laluan kesesebuah lokasi dengan lebih dekat lagi.
5 Komen
Tinggalkan Komen Anda
aku dah try jugak tadik, tapi pegman tu macam tak jalan jer kalo drag kat mesia..
hoho…kat mesia memang takkan jadi, sebab streetview masih takde lagi kat mesia. huhu
menarik ni beb…kurang2 nampak gak ape yg ada kt tempat tuh..hehe
huhu bila rakyat malaysia nak menikmati suasana streetview seperti gambaran di negara luar huhu
Wah, benda ni seolah2 kita berada kata sana kan..melancong secara maya.