Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Microsoft sebelum ini telah menjanjikan prestasi dan pembangunan yang drastik akan dilakukan pada Windows 7 yang bakal menemui para pengguna pada akhir tahun 2009. Kali ini, mereka juga mengumumkan bahawa Windows 7 bakal menggunakan ruangan hard-disk yang lebih sedikit berbanding dengan Windows Vista.

Desktop Windows 7 [via]
Perkara ini adalah kerana Microsoft inginkan para pengguna netbook (mini-notebook) dapat menggunakan Windows 7 pada netbook masing-masing, disamping mengurangkan penggunaan Linux pada netbook. Pada masa kini, kebanyakkan netbook didatangkan dengan ruangan SSD sebanyak 16 Gb, yang mana sudah tentunya boleh dinaik-taraf. Microsoft merancang agar para pengguna dapat menggunakan sebuah sistem operasi yang amat stabil pada ruangan sebanyak 16 Gb. Melalui Windows 7 versi pre-beta yang diedarkan oleh Microsoft, pemasangan Windows 7 mengambil ruangan lebih 6 Gb, yang mana lebih kurang sama seperti Windows Vista.
Nampaknya kini, Microsoft berusaha keras untuk mengantikan Vista dengan sebuah sistem operasi yang lebih baik. Daripada pengurangan penggunaan ruangan hard-disk, sehingga masa boot yang dipertingkatkan, semuanya dilakukan pada sistem operasi Windows 7 yang bakal menemui pengguna pada akhir tahun 2009.
5 Komen
Tinggalkan Komen Anda
Windows Vista terlalu berceramuk dgn benda2 yg pengguna biasa tak perlu. Lagipun MS suka ‘mendetailkan’ benda2 simple
Windows Vista tidak kurang juga lembabnya berbanding Windows XP. Dia makan byk memori dan hardisk.
aku akan pakai XP sampai semua user guna Vista/7.
owh..yang ada dipasaran gelap sekarang ni cuma versi beta sahaje yer?
end 2009 baru nak keluar… am memang tak harapkan apa2.. xp pada am memang best..