Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Hari ini, Microsoft melakukan perubahan terbesar pada laman Windows Live miliknya, dimana Microsoft telah mengubah laman Live.com kepada sebuah laman sosial, sekaligus mencabar beberapa laman sosial terkemuka seperti Facebook dan juga MySpace. Yahoo! pula masih dalam proses menaik-taraf laman mereka untuk turut sama menjadi laman sosial terbesar di internet. Dashboard profailnya telah diubah dimana kini para pengguna boleh memasukkan perkara kegemaran mereka seperti filem kegemaran, muzik kegemaran dan sebagainya.

Windows Live Baru Yang Ke Arah Laman Sosial [via]
Selain daripada itu, para pengguna juga turut boleh menambah akaun aktiviti web anda seperti Twitter, Yelp, Photobucket, serta RSS daripada laman yang menggunakan WordPress dan juga daripada beberapa laman sosial yang lain di internet.

Tambah Akaun-Akaun Sosial Anda Pada Windows Live [via]
Sebelum ini, laman Live.com berfungsi sebagai laman carian sama seperti Google, tetapi kurang mendapat sambutan yang mengalakkan daripada para pengguna. Kini, selain menjadi laman carian, ianya juga turut menjadi laman sosial. Ianya akan dilancarkan kepada semua pengguna tidak lama lagi. Untuk mula mencubanya, anda boleh ke home-beta.live.com.
5 Komen
Tinggalkan Komen Anda
baru terhegeh2 nak buat windows ni.. hehehe….
Hurm,takpe-takpe slow-slow
semua nak buat laman sosial..
tp xpe la.. masing2 nak bg hiburan.. sapa yg rasa best masuk la.. rasa tak sempat.. tengok2 je la..
boleh di cuba ni
This is just what I was looking for. I was not expecting that I’d get so much out of reading your write up! You’ve just earned yourself a returning visitor