30Nov

Microsoft Menawarkan $20 Billion Kepada Yahoo?

Microsoft, Yahoo!

Awal pagi ini, salah satu laman telah melaporkan bahawa Microsoft telah menawarkan $20 billion untuk memiliki enjin carian Yahoo!. Perkara ini diikuti dengan beberapa laman lain yang melaporkan berkenaan perkara yang sama. Sebelum ini, terdapat beberapa perbincangan mengenai pembelian Yahoo! oleh Microsoft. Namun tawaran sebelum ini telah ditolak oleh Jerry Yang, CEO Yahoo!, yang mana baru-baru ini telah mengumumkan mengenai perletakkan jawatannya dan pencarian CEO yang baru. Selain itu, masalah ekonomi dunia juga turut membuatkan Yahoo! sendiri menawarkan diri kepada Microsoft.

Microhoo

Namun, setelah pihak Yahoo! dan Microsoft dihubungi oleh beberapa pihak, mereka berdua menyangkal laporan tersebut, dan menyatakan ianya hanyalah rekaan semata-mata dan tidak benar. Yahoo! kini dianggarkan lebih kurang berharga $16 billion disebabkan kejatuhan harga sahamnya berbanding sebelumnya yang berharga lebih $30 billion.

CEO Microsoft, Steve Ballmer telah menyatakan ketidak inginan untuk memiliki Yahoo! lagi dan menumpukan perhatian untuk membangunkan laman Live melalui Wave 3. Selain itu, beberapa sumber mengatakan bahawa Microsoft sedang menunggu sehingga Yahoo! mendapat CEO yang baru sebelum membincangkan mengenai pemilikan Yahoo!.


Bangunkan Enjin Carian Anda Sendiri Menggunakan BOSS
Selamat Tinggal Yahoo! MyWeb
Microsoft Membawakan Web IM Ke Dalam Hotmail
Internet Explorer 9 Dilancarkan
Telefon Masih Digunakan Sebagai Medium Perhubungan Utama Antara Keluarga Di Malaysia

4 Komen

  1. Fahmishah pada 30 Nov 2008

    Sangat tidak best kalau mereka bergabung

  2. am pada 02 Dec 2008

    dulu.. microsoft pernah offer sampai 44 billion kan.. waktu tu yahoo feeling tak mau ambik.. tapi am rasa alau microsoft am bil yahoo.. am taknak guna yahoo dah..

  3. Maya pada 03 Dec 2008

    Tunggu dan lihat saja…

  4. appleblogger pada 05 Dec 2008

    tak bestla kalau merged. google nak lawan sape je lagi..


Tinggalkan Komen Anda