19Nov

Morro Untuk Windows 7, Vista dan XP

Microsoft

Microsoft hari ini mengumumkan bahawa mereka tidak lagi akan menyambung pembangunan Windows Live OneCare (#) bermula dari 2009. Sebaliknya Microsoft akan menyediakan satu perisian ringan yang diberikan nama Morro. Morro adalah nama kod bagi aplikasi untuk menentang malware daripada menjangkiti komputer anda, dan akan melindungi komputer anda sepenuhnya daripada gangguan malware.


Antaramuka Windows Live OneCare [via]

Windows Live Care kini menyediakan perlindungan daripada malware, backup, dan juga firewall yang mana memerlukan para pengguna membayar USD$ 30 untuk kegunaan 3 mesin. Windows Live Care akan mula dihentikan jualannya mulai Jun 2009. Morro yang dijangka dikeluarkan pada akhir tahun 2009 akan diberikan secara percuma kepada para pengguna.

Aplikasi Morro ini dijangka menemui para pengguna pada akhir 2009 dan boleh digunakan pada platform Windows 7, Vista, dan XP. Sebelum ini, Microsoft telah mengumumkan bahawa Windows 7 dijangka dikeluarkan pada akhir tahun 2009 juga.


Microsoft Security Essentials Sedia Di Muat-Turun
Lagi Video Skrin Log Masuk Ke Windows 8 Kelihatan
Nokia Maps Akan Diintegrasikan Pada Bing Maps?
Xbox Generasi Baru Bakal Diperkenalkan Pada Tahun 2013 Kelak
Microsoft Melancarkan Bing Desktop Beta Untuk Pengguna Windows 7

4 Komen

  1. KNizam pada 19 Nov 2008

    aku x pernah guna pun windows live neh. hehe :)

  2. zool pada 19 Nov 2008

    Tak berapa paham..
    Aku ni outdate…
    Pakai pun WIndows XP je

  3. |1f34|-|1r3 pada 20 Nov 2008

    MS bg free? biar benar ni? tak dapat aku nak percaya…adakah free utk install tp kalau nak update n support kena bayar? hehe

  4. Fariqh pada 08 May 2010

    aku skng ni tgh use Morro i mean MSE ia mmg baik n tak de virus pun terlepas drp scanning schedule nya baik korang cube aku try kat Windows 7 aku


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader