05Nov

Mozilla Memperkenalkan Fungsi Private-Browsing

Perisian

Pada September yang lalu, Mozilla menjanjikan mereka bakal memperkenalkan fungsi melayari web secara peribadi (private-browsing), yang mana melaluinya, data-data anda hanya akan disimpan untuk sementara waktu sahaja, dan akan dipadam sepenuhnya sebaik sahaja anda menutup tetingkap pelayar web berkenaan.


Fungsi Private-Browsing Di Perkenalkan Mozilla [via]

Untuk mula menggunakannya, anda hanya perlukan versi pembangunan Mozilla Firefox yang terkini, dan seterusnya memilih Private-Browsing melalui tab Tools. Anda akan diminta untuk memulakan semula (restart) pelayar web anda untuk memulakan sesi preivate-browsing. Fungsi ini dijangka dikeluarkan secara rasmi melalui Firefox 3.1, tetapi anda boleh mencubanya sekarang dengan memuat-turun versi pembangunan terkini.


Silverlight 2.0 - Perisian Lawan Adobe Flash Sedia Di Muat-Turun
Opera 11.50 Beta Sedia Diuji
Adakah Firefox Bakal Memperkenalkan Rekabentuk Yang Lebih Minimalis?
#Tips : Ubah Fail PDF Kepada Format Word Dengan Mudah Dan Pantas
Photoshop Versi Akan Datang Bakal Membolehkan Gambar Kabur Kembali Elok

3 Komen

  1. melayubuntu pada 06 Nov 2008

    porn mode huh?
    hhehehe..

  2. megat pada 06 Nov 2008

    erm… senang berurusan dgn bank dalam talian.

  3. bantingboy pada 10 Nov 2008

    ehm..betul ker? hehe..bagus nih..hehe. idea jahat mula timbul..


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader