Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Dalam usaha meningkatkan pengguna enjin cariannya, Microsoft hari ini mengikat perjanjian dengan Sun Microsystem, dimana toolbar MSN – Live Search akan diedarkan bersama-sama dengan aplikasi Java Runtime Environment milik Sun Microsystems bermula daripada 10 November.

Kerjasama Microsoft bersama Sun Microsystem ini adalah bertujuan untuk meningkatkan penggunaan LiveSearch dan sekaligus menambahkan penguasaan Microsoft pada penggunaan enjin carian. Walaubagaimanapun, kerjasama ini pada masa sekarang hanya ditujukan kepada pasaran US sahaja. Sehingga kini, terdapat lebih daripada 800 juta pengguna Java Runtime Environment diseluruh dunia, dan tentunya ia akan memberikan impak yang tinggi pada Microsoft sekiranya kesemua penggunanya menggunakan LiveSearch.
2 Komen
Tinggalkan Komen Anda
Toolbar ni akan dipatchkan dalam browser IE sahaje atau semua sekali? Setakat ni bukan tak nak pakai MSN, tp mende yg die carikan tu, kurang relevant. Google no 1, Yahoo no 2. Tade no 3.
aku rasa dia lebih kepada desktop toolbar kot. maybe ar. tak try lagi. lagipun sun tgh angin coz google buang staroffice kot. haha