01Nov

MyHeritage Melancarkan Lamannya Dalam Bahasa Melayu

Web 2.0

MyHeritage, salah satu laman yang menhubungkan talian persaudaraan, hari ini melancarkan laman mereka dalam 9 bahasa baru, termasuk Bahasa Melayu. Ini menjadikan laman mereka menyokong sebanyak 34 jenis bahasa pada ketika ini.


Laman MyHeritage Berbahasa Melayu

Sehingga kini, MyHeritage telah membantu menghubungkan lebih daripada 26 juta keluarga dari seluruh dunia untuk berhubung dan berinteraksi antara satu sama lain. Selain daripada itu, MyHeritage juga memudahkan pencarian ahli keluarga yang terpisah dan mengetahui sejarah keluarga. MyHeritage juga mempunyai teknologi untuk mengetahui persamaan wajah kita dengan beberapa orang selebriti dan memasukkannya secara terus ke laman sosial seperti Friendster dan lain-lain.

MyHeritage mempunyai lebih daripada 280 juta profail pengguna, dan baru-baru ini mereka telah memperolehi laman Kindo.


MalaysiaKini Memperkenalkan Fungsi Komen
WiMax Dari YTL Pada Bulan Julai 2010
Twitter Menghalang Penyedia Iklan Melalui Tweet
Facebook Melancarkan Lebih 60 Aplikasi Untuk Timeline
Dana Belia 1Malaysia Selepas Setahun - Adakah Projek Yang Dihasilkan Berguna Ataupun Sebaliknya?

2 Komen

  1. safar pada 10 Oct 2009

    Berbentuk kekeluargaan.


Trackbacks/Pingbacks

  1. MyHeritage Melancarkan Lamannya Dalam Bahasa Melayu | Fairy Tail Manga

Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader