25Nov

Need For Speed Kembali dengan Undercover

e-Permainan

Setelah gagal dengan Need For Speed Prostreet, kini pihak pembangun Need for Speed, kembali kepada bentuk permainan asas melalui Need For Speed Undercover, dimana terdapatnya perkara utama tarikan permainan Need For Speed iaitu polis dan aksi kejar-mengejar. Permainan terbaru daripada EA Games ini baru sahaja dikeluarkan mereka pada tanggal 18 November, dan mungkin akan tiba di Malaysia tidak lama lagi.


Need For Speed Undercover – Aksi Kejar Mengejar

Sepertimana tajuknya, melalui permainan Need For Speed Undercover ini, pemain bakal menjadi polis yang mana perlu menyamar sebagai pelumba kereta dan mendapatkan maklumat berkenaan dunia lumba haram. Sepanjang permainan, pemain perlu berlumba dengan beberapa pelumba handalan dunia lumba haram, disamping membuat beberapa tugasan tambahan seperti mencuri kereta polis, melarikan diri daripada polis dan sebagainya.


Need For Speed Undercover – Di Bandar

Selain daripada itu, perlumbaan sprint dan juga circuit kembali semula dalam Undercover. Sebelum ini, sprint dan circuit tidak dimasukkan sekali kedalam Prostreet, yang mana lebih kepada lumba halal, dan tidak berjaya menambat hati para pemainnya. Beberapa perlumbaan yang terdapat pada Need For Speed Undercover adalah:

  • Sprint dan Circuit. Perkara asas kepada francais permainan NFS, dimana dalam circuit, pemain akan mengulangi suatu jalan untuk beberapa lap, manakala hanya sekali sahaja dalam sprint.
  • Highway Battle. Dalam perlumbaan lebuh raya ini, pemain perlu meninggalkan pihak lawan dibelakang untuk beberapa jangka masa, ataupun mendahului mereka sekurang-kurangnya 1000 kaki untuk menang.
  • Escape. Larikan diri dan sembunyi daripada polis.
  • Chasedown. Anda selaku polis, perlu kejar beberapa pelumba haram dan penjenayah.
  • Checkpoint. Pemain perlu tiba disesuatu checkpoint dalam jangka masa yang ditetapkan.
  • …dan beberapa bentuk perlumbaan menarik yang lain.

  • Need For Speed Undercover – Aksi di Bandar

    Para pengkritik permainan memberikan purata 66% bagi permainan ini, yang mana dikeluarkan untuk platform Windows, Wii, PS2, PS3, dan Xbox 360. Walaubagaimanapun, versi PC menerima purata 7.0 markah daripada 10 yang mana lebih seronok memainkannya menggunakan PC berbanding Xbox 360 yang menerima skor paling rendah. Need For Speed Undercover turut menyokong permainan dalam perlumbaan dalam talian bersama pemain yang lain.


    CityVille Bakal Ditawarkan Dalam Bahasa Malaysia
    Angry Birds Rio Untuk Android Bakal Dilancarkan Pada Amazon AppStore
    Angry Birds Dilancarkan Khas Untuk Para Pengguna Chrome
    FIFA 2012 Demo Sedia Dimuat-Turun Untuk PC, Xbox 360 Dan PS3
    Xbox Generasi Baru Bakal Membawakan Sokongan Blu-Ray Dan Kinect 2?

    17 Komen

    1. megat pada 25 Nov 2008

      antara game yang paling awal menambat hati aku dan kekal hingga kini.

      undercover memang ciptaan yang paling menyeronokkan berbanding prostreet!

      ps : kini anak aku pula gila main game nie huhu

    2. menteil pada 25 Nov 2008

      er…. drift?

    3. aman pada 25 Nov 2008

      drift cam takde jerk..hoho…drag dalam sebelum nie pun kejap ada kejap takde…hoho

    4. usri pada 25 Nov 2008

      Versi cetak rompak dah ada kot kat M’sia… br 5 hinggit hehe

    5. Fahmishah pada 25 Nov 2008

      tahun depan baru boleh main sebab tungu duit loan untuk upgrade PC

    6. menteil pada 25 Nov 2008

      aduh.. drift tu la yang bez.. hehe…

    7. |1f34|-|1r3 pada 26 Nov 2008

      aduh..aku nak sangat main game..tp PC dh cabuk….tak leh main la..hehe

    8. izzat pada 26 Nov 2008

      oh..macam menarik jugak NFS baru ni.. hmm..camner ngan game GRID?.. tak try main lagi, tapi sepupu dah main haritu, cam best je..huhu

    9. Sweet Thinker pada 26 Nov 2008

      nmpknye tepakse ON pc yg dah berbulan xbkk nk men games plg best nehhh. hoho!

    10. MaJa pada 26 Nov 2008

      baca review mcm undercover nie agak menghampakan.. tp x peduli.. aku nak maen jugak.. lowest setting pon lowest lah.. janji maen..

    11. Hamdi pada 26 Nov 2008

      yeah
      game nih best
      graphics dia memang tinggi giler babi aaa

    12. RizalHardy pada 26 Nov 2008

      yerp. prostreet bosan sket… ku pasti jalan2 di yik foong petang nanti…haha…

    13. smaelz pada 26 Nov 2008

      “oh..macam menarik jugak NFS baru ni.. hmm..camner ngan game GRID?.. tak try main lagi, tapi sepupu dah main haritu, cam best je..huhu”

      Aku dah main dah NFS Uc ni. Aku bole katakan yg GRID lg mantap. Walaupon berbeza situasi; GRID lumba di trek, NFS di jalan. Tp yg best ialah GRID lebih kepada realiti, manakala NFS lebih kepada arked (bdk2 kecik pon bole main).
      Rating? GRID dpt 8.7 siap dpt editor’s award lg dr IGN. Pada yg suka drift GRID ada drift event yg sgt2 best. Dan ada perlumbaan 24 jam = 24 minit.
      NFS kali ni mcm plan jer, grapik pon kurang lah.. Maggie Q je yg cun

    14. Junaidix pada 26 Nov 2008

      hm.. laptop aku memang konpem tak lepas game nih.. huhu..

    15. EiNS pada 26 Nov 2008

      Blom try lg..dah download..hehe cam best jek?

    16. titan pada 27 Nov 2008

      kat mana nak beli aa dvdnya..

    17. anasxz pada 29 Nov 2008

      dah tak boleh layan game camni sbb pc tak upgrade.. so terima kasih..


    Tinggalkan Komen Anda