03Nov

Nuffnang Malaysia Menghadapi Masalah Pangkalan Data

Web 2.0

Nuffnang hari ini mengalami masalah besar sejak dilancarkan, iaitu masalah berkait rapat dengan pangkalan data (database) mereka. Sejak pagi tadi lagi masalah ini telah dikenalpasti, dan mungkin pihak Nuffnang sedang sedaya upaya memperbaiki pangkalan data mereka.


Paparan Skrin Laman Nuffnang Pada Waktu Pagi


Paparan Skrin Laman Nuffnang Yang Di Ubah Pada Waktu Petang

Selain daripada itu, iklan juga tidak kelihatan di laman-laman yang memaparkan iklan Nuffnang, yang mana mengakibatkan ramai penggunanya kerugian untuk sepanjang hari ini. Selain daripada laman utama, blog dan juga sistem pengiklanan mereka, laman Innit yang ala-ala laman Negaraku! juga tidak boleh diakses.

Walaubagaimanapun, laman Nuffnang Singapura dan juga Filipina masih boleh diakses oleh para penggunanya. Sebelum ini, Advertlets pernah menghadapi masalah besar apabila domain mereka luput tarikhnya tanpa disedari pada awal tahun ini.

Kemaskini : Nuffnang Malaysia kembali pulih pada lebih kurang pukul 9.00 malam dan perkara ini diterangkan oleh pihak Nuffnang sendiri melalui blog mereka.


Cuil Memperkenalkan Fungsi Timeline View
Friendster Melancarkan Friendster Music
Qpon Memeriahkan Industri Laman Tawaran Dan Diskaun
Facebook Memperlihatkan Rekabentuk Pusat Data Mereka Kepada Umum
MySpace Akan Dijual Kepada Specific Media Pada Harga $35 Juta

7 Komen

  1. izzooooooey pada 03 Nov 2008

    dulu pon pernah error gak pe database nuffnang… bkan 1st time

  2. Mr Am pada 03 Nov 2008

    Aku rasa.. ko tahu apa yang ko patut buat..

  3. x-po shop pada 03 Nov 2008

    hehe mslh bl la nuffnang ni..rugi aku arini..ekekeh

  4. megat pada 03 Nov 2008

    rugi… rugi. dulu tak la terasa sangat pasal trafik masih rendah huhu.

  5. Saffa pada 04 Nov 2008

    Lorh..sbenarnya mcm mana boleh ada masalah database ni?

  6. Fahmishah pada 04 Nov 2008

    memang payah lah kalau nuffnang down, iklan pon x load

  7. Sweet Thinker pada 05 Nov 2008

    semua belog semput. huhu!


Tinggalkan Komen Anda