05Nov

Pandang Pertama Windows 7

Microsoft

Sejak Windows 7 diperkenalkan oleh pihak Microsoft pada PDC 2008 baru-baru ini, pelbagai pihak telah mula memperkatakan mengenainya, dan sesetengah orang bertuah dapat peluang mencubanya terlebih dahulu sebelum Windows 7 dikeluarkan secara rasmi pada awal tahun 2010. Hari ini, laman aMaNz cuba mengupas mengenai fungsi-fungsi baru yang bakal diperkenalkan melalui Windows 7 ini.


Desktop Windows 7 [via]

Windows 7 yang mana menggunakan nama kod Blackcomb dan Vienna ketika diperingkat pembangunan masih menggunakan teknologi Aero dan diperkatakan sebagai Windows Vista yang lebih baik. Windows 7 memperkenalkan beberapa fungsi menarik disamping memperbaiki beberapa fungsi sedia ada seperti prestasi yang dipertingkatkan pada processor multi-core, masa boot yang lebih pantas, penambah-baikan kernel, dan sokongan hard-disk maya. Windows 7 dikatakan mampu boot dalam jangka masa kurang daripada 15 saat sahaja.


Fungsi Thumbnail Pada Windows 7

Windows 7 juga memperkenalkan fungsi thumbnail sama seperti yang dilihat pada beberapa distro Linux. Melaluinya, anda melihat secara kasar, bagaimana rupa tetingkap anda, tanpa perlu membukanya. Selain itu, sekiranya anda membuka program-program yang telah diletakkan pada taskbar, tiada tab yang akan diperlihatkan, sebaliknya anda perlu hover tetikus anda pada icon di taskbar untuk melihat berapa tetingkap yang telah dibuka.

Selain daripada itu, Windows 7 juga bakal mengintegrasikan banyak fungsi bersama dengan Windows Live. Sebagai contoh, Internet Explorer akan mempunyai keupayaan untuk menyimpan data-data di akaun Windows Live dengan lebih mudah. Anda juga akan terus dibawa ke panel-login Windows Live sebaik sahaja komputer anda selesai boot.


Paint dan WordPad Pada Windows 7 [via]

Windows 7 juga bakal memperkenalkan Paint dan WordPad yang dipertingkatkan prestasinya menggunakan rupa bentuk lebih kurang seperti Microsoft Office 2007 yang dikatakan menggunakan teknologi Ribbon. Selain daripada itu, satu aplikasi untuk burn CD dan DVD menggunakan imej ISO disediakan buat pertama kalinya dalam Windows 7.

Pelbagai perkara baru juga ditambah pada Control Panel seperti Accelerators, ClearType Text Tuner, Display Color Calibration Wizard, Gadgets, Infrared, Recovery, Troubleshooting, Workspaces Center, Credential Manager, Biometric Devices, System Icons, Windows Solution Center (Windows Security Center yang dijenamakan semula), dan juga Display.

Windows 7 dijangka menemui para pengguna selewat-lewatnya pada awal tahun 2010, dan Windows 7 Beta 1 dijangka dikeluarkan pada awal tahun 2009.


Nama Windows 7 Di Gunakan Secara Rasmi
Internet Explorer 8 Di Lepaskan Secara Rasmi
Windows Untuk Tablet Hanya Akan Diperkenalkan Pada 2012
Tiada Lagi Kemaskini Aplikasi Windows Mobile 6.x Selepas 15 Julai
Windows Phone Tango Akan Hanya Memfokuskan Pasaran Asia?

5 Komen

  1. kita pada 05 Nov 2008

    kalau makin laju ok ler,,kot2 makin slow jerr

  2. khai pada 06 Nov 2008

    ok dah.. tapi aku x berkenan ngan taskbar dia tu.. buruk

  3. Mohd Nazif pada 06 Nov 2008

    Yup..I’m with Khai..That is one ugly taskbar..
    But I like the revamped Paint..Finally..

  4. fara pada 08 Nov 2008

    ok ke bende 2?

  5. lazaac pada 15 Nov 2008

    aku ttp sokong microshit sbb aku skang ni guna xp lagi… hidup ms!


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader