30Nov

Seven Calculator Untuk XP dan Vista

Microsoft

Sehingga masa ini, mungkin ramai yang telah mendengar mengenai Windows 7 yang bakal dikeluarkan pada akhir tahun depan. Windows 7 bakal memperkenalkan beberapa perkara baru termasuk Calculator dalam rekabentuk dan antaramuka yang baru. Bagi para pengguna yang telah mencuba Windows 7, mungkin anda sudah perasan antaramukanya yang menarik. Tetapi sekiranya anda masih belum mencuba Windows 7, anda boleh mencuba Calculator yang dibangunkan khas untuk para pengguna Windows XP dan Vista.


Info Lanjut | Muat-Turun

Untuk menggunakan Calculator ini, anda perlu memastikan komputer anda terpasang dengan Microsoft .NET Framework 3.5, dan sekiranya tidak, anda akan mendapat mesej larat dan tidak boleh menjalankan aplikasi ini. Ini kerana ianya dibangunkan dengan menggunakan Visual Basic. Datangnya bersama-sama dengan aplikasi ini adalah kod sumber untuknya, yang mana anda boleh mengubah dan menambah beberapa fungsi tambahan mengikut kegemaran anda.

Ianya masih belum saya cuba di platform Vista, dan sekiranya anda menggunakan Vista, sila tinggalkan komen mengenai prestasinya di Vista. Tetapi sekiranya anda takut untuk menggunakannya pada Vista, Daily Gyan ada menyediakan satu tutorial alternatif untuk menggunakannya.


Silverlight 2.0 - Perisian Lawan Adobe Flash Sedia Di Muat-Turun
Fungsi Direct3D 11 Untuk Windows 7
Silverlight 3 Bakal Di Persembahkan Mac 09
Office 2010 Beta Di Lepaskan Microsoft
Microsoft Mengesahkan Kehadiran App Store Pada Windows 8

3 Komen

  1. mrahfa pada 01 Dec 2008

    wah, aman punya page dah jadi macam Microsoft supporter fan club la pulak.

    Masih lagi open source guy lagi kah?

  2. melayubuntu pada 04 Dec 2008

    hahha..aman murtad dr geng linux..ekeke

  3. aMaNz pada 04 Dec 2008

    haha..aku blum murtad lagi da…
    just, sumer topik pasal Linux dah cover kat LinuxMalaya…


Tinggalkan Komen Anda