30Nov

Ubah Status Drive XP Kepada Bentuk Vista

Microsoft

Mungkin masih lagi terdapat pengguna Windows XP yang teringinkan antara muka seperti Windows Vista mahupun Windows 7 yang bakal dikeluarkan tidak lama lagi. Dari masa kesemasa, kami akan menyediakan artikel bagaimana untuk menukar antara muka Windows XP anda lebih kepada rekabentuk Aero yang diperkenalkan Microsoft pada awal tahun yang lalu.


Perubahan Rekabentuk Partition Pada MyComputer

Untuk permulaan, kita akan memulakan dengan menukar rekabentuk di My Computer kepada lebih kurang seperti Windows Vista dan Windows 7, yang mana mempunyai bar dibawah setiap partition hard disk. Untuk merelisasikan perkara ini, Vista Drive Status boleh digunakan, yang mana datangnya secara percuma.

Anda juga boleh membuang Vista Drive Status ini jika tidak digemari dengan klik pada icon Uninstall yang didatangkan sekali bersama pemasangan percuma ini. Walaupun ianya tidak sama seperti Windows Vista atau Windows 7, tetapi, kita dapat menjadikan Windows XP kita lebih kurang sepertinya.


Microsoft Memberikan Hadiah Kepada Pengguna Enjin Cariannya
Skrin Paparan Pemasangan Windows 8 Kelihatan
Microsoft Membuat Video Parodi - GMail-Man
Aplikasi Hotmail Untuk Android Diperkenalkan
Windows 8 Bakal Dilancarkan Pada Pertengahan Kedua Tahun Ini

3 Komen

  1. usri pada 30 Nov 2008

    Kira buat windows XP ala2 vista. Skali tgk mcm vista.

  2. Syed Ikhwan pada 30 Nov 2008

    Ada effect tak kalau kita install-un install balik? Takut tetiba blue screen. Hehehe… Nanti saya cuba.

  3. Mr. Azman @ Kreuger pada 30 Nov 2008

    erm.. thanks for the info.
    ape kate lepas ni bleh preview plak
    pasal Crystal XP themes untuk
    pengguna XP yang nak kan style vista.

    *masalahnye sekarang ni semua pakai
    vista.. XP macam nak pupus. Vista OS
    ni kurang mesra alam la.

    Kreuger®


Tinggalkan Komen Anda