09Nov

WeBlogsCentre Di Lancarkan Semula

Web 2.0

Setelah sekian lama berkubur, kini komuniti WBC dihidupkan semula dengan usaha Fauzi (CypherHackz) dengan nama baru – WeBlogsCentre. Sebelum ini, ianya dikenali sebagai WeBlogsCenter, dan merupakan antara komuniti yang teraktif pada permulaan dunia blog di Malaysia.


Antaramuka Laman Weblogscentre

Walaubagaimanapun, disebabkan beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan, ianya terpaksa ditutup, dan komunitinya berkubur begitu sahaja. Perkara terakhir yang didengar sebelum ianya berkubur adalah pembangunnya, Syaiful berpindah ke Indonesia. Mungkin disebabkan oleh pekerjaan harian yang terlalu sibuk, beliau tidak dapat meneruskannya.

Kini, atas usaha Fauzi CypherHackz, kini ianya dibangunkan semula dengan nama WeBlogsCentre disebabkan tidak mendapat hak untuk domain sebelumnya. Antara laman-laman forum untuk penulis blog dan pembangun laman web di Malaysia adalah:

  • Web Master Malaysia
  • Malaysia Bloggers
  • WP Malaysia
  • Geng Jurnal
  • Sekiranya anda ingin melihat bagaimana laman WeBlogsCenter kelihatan pada masa lalu, anda boleh melihatnya melalui Wayback Machine.


    Facebook Menguji Sistem Komen Baru
    LoveMakan - Rangkaian Sosial Untuk Penggemar Makanan
    Twitter Kini Menghantar Emel Untuk RT Dan Favourite
    FourSquare Pages Kini Boleh Dibina Dengan Mudah Untuk Jenama Dan Organisasi
    Facebook Menguji Paparan Gambar Baru - Menyerupai Laman Google+?

    Comments are closed.