26Nov

Windows 8 Hanya Untuk 64-bit?

Microsoft

Walaupun sistem operasi terbaru dari Microsoft, Windows 7 dikeluarkan lagi, pihak pembangun Windows sudah memulakan langkah pertama pembangunan untuk versi seterusnya yang mana dijangka akan dikeluarkan pada tahun 2011, iaitu, 2 tahun selepas Windows 7.

Sistem operasi seterusnya ini dijangka akan lebih cenderung kepada sistem 64-bit, kerana ianya sudah mula digunakan oleh ramai pengguna pada masa sekarang. Windows 7 dijangka akan dikeluarkan dalam dua versi, iaitu versi 32-bit dan juga 64-bit.

Melalui satu survey yang dijalankan oleh pihak Microsoft, beberapa soalan ditanyakan kepada para pembangun mengenai bagaimana mereka akan membangunkan aplikasi mereka untuk pengguna pada tahun 2011. Adakah mereka akan membangunkan untuk versi 32-bit dan juga 64-bit ataupun hanya untuk 64-bit sahaja.


Salah Satu Soalan Yang Di Soal Pada Survery

Walaupun pada survey tersebut tidak dinyatakan langsung mengenai kegunaan survey tersebut untuk sistem operasi yang mana, tetapi tahun 2011, yang mana menunjukkan dua tahun selepas tarikh keluaran Windows 7 memperlihatkan ianya adalah untuk Windows 8 ataupun apa sahaja nama yang bakal diperkenalkan. Sebelum ini, Microsoft telah menyatakan bahawa Windows Server 2008 adalah yang terakhir untuk server 32-bit, dan Windows 7 Server bakal hanya menyokong server 64-bit sahaja. Mungkin ini adalah permulaan untuk sistem 64-bit. Distro Linux seperti Ubuntu, dan sebagainya juga sudah mula menyokong versi 64-bit tidak lama sebelum ini.


Internet Explorer 9 Pada MIX 10
Hotmail Kini Lebih 10 Kali Ganda Pantas Berbanding Sebelumnya
Microsoft Mengumumkan Kinect Untuk Windows - Bakal Dilancarkan Tahun Hadapan
Windows 8 Release Candidate Sekitar Penghujung Mei Atau Awal Jun?
Tiada Lagi Antaramuka Aero Glass Pada Windows 8

5 Komen

  1. Azah pada 26 Nov 2008

    Truth or Dare?
    Anda terkena.
    Ada berani?
    http://www.azahamin.com/truth-or-are/

  2. usri pada 26 Nov 2008

    Macam2 jenis windows dia org buat. Belum sempat windows 7 keluar, mereka dah merancang untuk keluarkan windows 8.

  3. am pada 26 Nov 2008

    aman… apa beza dan kelebihan 32 bit dengan 64 bit..

  4. zool pada 26 Nov 2008

    lajunya perkembangan Windows ni..
    Tak terkejo org yg otak lembab cam aku nie..

  5. titan pada 27 Nov 2008

    weh. ko ada sms aku pakai YM ke aritu aman? yg ajak aku borak pakai gtalk tu??


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader