18Nov

Yahoo! Dalam Pencarian CEO Baru

Yahoo!

Jerry Yang hari ini mengumumkan bahawa beliau bakal meletakkan jawatan sebagai CEO Yahoo! dan kembali bertugas sebagai Chief Yahoo! selain juga sebagai ahli lembaga syarikat Yahoo!.

Beliau akan meletakkan jawatan serta-merta setelah mendapat pengantinya. Untuk pencarian CEO seterusnya bagi Yahoo!, pihak Yahoo! telah melantik firma Heidrick & Struggles, dan ianya bakal diketahui dalam masa terdekat. Sebagai CEO Yahoo!, Jerry Yang telah menolak penyatuan dengan Microsoft, disamping gagal dalam kerjasama bersama Google.

Jerry Yang bersama-sama dengan David Filo telah memulakan Yahoo! pada April 1995. Yahoo! dimulakan sebagai sebuah portal web dengan direktori yang mana kini merupakan laman web dengan trafik tertinggi didunia.


Microsoft Menawarkan $20 Billion Kepada Yahoo?
Yahoo! Meme - Platform Blog-Mikro Dari Yahoo!
Yahoo! Mengintegrasikan Twitter Pada Hasil Carian
Yahoo! Membeli Koprol Dari Indonesia
MyDeal Kini Bekerjsama Bersama Yahoo! Malaysia

5 Komen

  1. megat pada 18 Nov 2008

    sape lah lepas ni yang menggantikannya. tiada ke yang dari malaysia wahaha.

  2. |1f34|-|1r3 pada 18 Nov 2008

    aku pon dh baca psl berita ni..nampak gaya nyer…memang Yahoo akan down lg wlpn saham dia skang ni tgh menaik..mungkin ngan keputusan ni…saham Yahoo akan goyang sket..huhuhuhuhu~~

  3. Faiz pada 19 Nov 2008

    erm,lol…nak letak jawatan plak dia?

    eh,traffic pling tinggi bukan google erk?

  4. anasxz pada 19 Nov 2008

    CEO yahoo dah nak bertukar. ok la tu.. tau hukum alam. yg dah lama duduk berjawatan nak rasa turun jawatan.

    yahoo kerjasama ngan google? ok la.. pk2 la.. apa laman org kita sehebat yahoo ngan google…

  5. MakanMalaya pada 19 Nov 2008

    wahhhh ada kerja kosong la camni. hehe :)


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader