24Dec

Alpha 2 Mozilla Fennec Di Edarkan

Sumber Terbuka

Mozilla telah pun mengeluarkan versi pembangunan Alpha 2 bagi pelayar web mudah alihnya – Mozilla Fennec. Pelayar web mudah alih ini dibangunkan oleh Mozilla khas untuk pengguna Nokia Internet Tablets. Sama seperti Alpha 1, Fennec Alpha 2 ini juga turut menyokong pelbagai platform, termasuk Linux, Windows dan juga Mac OS-X.

Mozilla Fennec

Mozilla Fennec Alpha 2 ini menyelesaikan pelbagai perkara yang berkaitan dengan prestasi dan kepenggunaannya seperti kelajuan zoom yang dipertingkatkan, masa respons yang dipertingkatkan dan juga ciri-ciri antaramuka yang lebih memuaskan.

Versi untuk Windows Mobile masih lagi dalam pembangunan, dan mungkin akan dikeluarkan sekali bersama Mozilla Fennec 1.0 kelak. Selain daripada itu, versi akhir Fennec juga dijangkan akan turut menyokong S60, telefon bimbit Nokia yang menggunakan platform Symbian. Dengan pelbagai platform yang disokong seperti ini, Mozilla dijangka bakal memegang lebih kurang 60% daripada pasaran penggunaan pelayar web bagi platform mudah alih. Anda juga turut boleh mencubanya pada komputer anda tidak kira apa platform yang digunakan oleh anda.


Chrome dan Firefox Terus Memperkukuhkan Kedudukan
Opera Unite - Pelayar Web Kini Adalah Server
WordPress 3.2 Sedia Untuk Digunakan
Pembangunan Opera 12 Wahoo Dimulakan
Firefox Beta Untuk Android Memperkenalkan Antaramuka Baru

Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader