11Dec

Amanz Kini Menggunakan WordPress 2.7

Web 2.0

Setelah ditunggu dan dinanti oleh kebanyakkan pengguna WordPress, akhirnya, pada hari ini Automattic telah pun mengeluarkan versi terbaru WordPress, iaitu WordPress 2.7 dengan nama kod Coltrane (John Coltrane). Antara perkara utama yang diubah dalam WordPress 2.7 adalah antaramuka bahagian pentadbir (dashboard) termasuk beberapa penambahan ciri-ciri terhadap CMS WordPress.

wordpress-27
Antaramuka Dashboard WordPress 2.7

Kini, setiap skrin pada halaman dashboard WordPress boleh diubah mengikut citarasa penggunanya dengan hanya klik pada Screen Options. Sebagai contoh, sekiranya anda tidak inginkan sesuatu perkara kelihatan pada skrin dashboard anda, anda hanya perlu klik pada Screen Options dan seterusnya untick pada perkara yang anda tidak inginkan, dan ianya akan hilang serta-merta dengan kemudahan teknologi AJAX. AJAX digunapakai secara meluas pada WordPress 2.7, yang mana banyak menjimatkan penggunaan bandwith, selain option sedia ada – Turbo yang menggunapakai Google Gears.

Pilihan Kemaskini WordPress Pada Dashboard
Pilihan Kemaskini WordPress Pada Dashboard

Selain daripada itu, antara perkara yang dinanti-nantikan oleh para pengguna WordPress, iaitu kemaskini secara automatik. Mungkin ini merupakan kali terakhir anda mengemaskini pemasangan WordPress anda secara manual, dan selepas ini, hanya melalui satu klik sahaja anda sudah dapat mengemaskini pemasangan WordPress anda kepada versi yang baru. Anda juga kini boleh memasang plugin kesukaan anda tanpa perlu memuat-turun, memuat-naik dan sebagainya. Anda hanya perlu memilih plugin kesukaan anda, dan seterusnya, terus memasangnya secara automatik.

Melalui WordPress 2.7 juga, memuat-naik gambar adalah lebih senang. Terdapat empat pilihan berbanding tiga pilihan sebelum ini, iaitu Small, Medium, Large dan Full Size. Dan lebih menarik, ianya tidak lagi memasukkan hyperlink kepada gambar seperti sebelumnya. Suatu perkara yang dinanti-nanti oleh saya. Cubanya hari ini dengan memuat-turunnya secara percuma atau ikuti kupasan lanjut oleh pembangun WordPress sendiri.


NiagaKit 2.0 Bakal DiLancarkan Dalam Masa Terdekat
Twitter Menguji Fungsi Statistik
Malaysia dan Teknologi Sepanjang 2010
Semua Akaun Laman WordPress.org Ditetapkan Semula Kata Laluan
Aplikasi Facebook Messenger Turut Mengintegrasikan Kod Untuk Panggilan Video?

45 Komen

  1. menteil pada 11 Dec 2008

    line slow giler..
    malas betul nak upgrade..
    kang tak siap pulak.. huhu..

  2. Faiz pada 11 Dec 2008

    aku dah berjaya…cool ~

  3. Azman @ Kreuger pada 11 Dec 2008

    hahaha.. bro thanks~
    aku dap update dari 2.7RC ke 2.7

    yippies~

    Kreuger®

  4. MK pada 11 Dec 2008

    waktu upgrade aku buat separuh jalan, down blog aku satu malam, haha.

    WP 2.7 memang besh~

  5. Azizwan™ pada 11 Dec 2008

    nampaknya wp aku je lg yg belum berupgrade. huhahuha.. nmpak betul ketinggalan zaman . kasihan bukan?

    takpe la.. kayuh pelan2.. siapa tahu from zero akan menjadi hero. hehehe..

  6. Azah pada 11 Dec 2008

    sama juga…pkai 2.7 jgak nih..hehe…

  7. eSempoi.com pada 11 Dec 2008

    w 2.7 ni lagi mesra pengguna tapi ape function Turbo Google Gears??

  8. BAGAK pada 11 Dec 2008

    upgrade tetap upgrade

    tungguuuuuuuuuuu

  9. senapang pada 11 Dec 2008

    huhuhu…maybe aku akan upgrade aku pnya jgk..tp tak tau bila, byk keje yg perlu didahulu kan..huhuhu

    dah upgrade, msti kne amik masa godeh2…ahaks

  10. lut pada 11 Dec 2008

    waah cool new look WP. mmg smart dashboard… bagusla la aman ni. realy up2date…
    akunyer x updated2 lagi…huhuhu.
    otw to updated

  11. Khai pada 11 Dec 2008

    masa komen ni ditulis, aku ada di cc.. dan baru tahu yang wp 2.7 dah kuar..

    aku still mengunakan 2.7 rc1 .. nanti lepas convo, pasti update…

    aku sayangkan wp sama macam aku sayangkan ko amanz.. hahaha.. eh maksud aku, adik perempuan ko.. hehehe

  12. izzat aziz pada 11 Dec 2008

    yup agak bgslah 2.7 ni.. hehe
    sblum ni x gn pun 2.7 sbb tkt x stable.. so bila tkr smlm agak pening dgn dashboard dia,, tp overall agak ok lah.. hehe

  13. Fahmishah pada 12 Dec 2008

    pagi nanti baru upgrade, mata dah juling

  14. en_me pada 12 Dec 2008

    hmmm, nak kena upgrade ker? bukanker dah update automatically.. me tak buat apa2 pun, tp screenshot paling atas tewww samer jakkks.. me konpius one uooolssss

    • aMaNz pada 12 Dec 2008

      maybe sebab hang nyer blog host kat WordPress.com kot. Kalo WordPress.com, dia auto upgrade.

  15. xmindfreakx pada 12 Dec 2008

    aku pun sudah naik taraf…ahahha…dah macam theme 3 kolum plak..

  16. firdee pada 12 Dec 2008

    thnx 4 da info bro…canti wp 2.7 ni :D

  17. Darkz05 pada 12 Dec 2008

    sama la kita amanz. Darkz05.Com suda menaik taraf WordPress 2.7 =)

  18. bongkersz pada 12 Dec 2008

    Hampir setiap minggu ada upgrade, naik rimas dah aku. Sebab banyak custom plugins, kalau upgrade.. kena edit sini sana lagi.. Sigh!

  19. Junaidix pada 12 Dec 2008

    biler la aku nak guna wordpress jugak nih.. hehe..

  20. Apiez pada 12 Dec 2008

    salam aman… cantek blog ko.. aku nk tanye cam ner nk upgrade wordpress.. bleh ko bg link kat mane aku bleh blaja… he he..

    • aMaNz pada 13 Dec 2008

      @Apiez, hang cume perlu download, dan upload sumer fail core ke dalam web server gantikan fail lama, dan masuk dashboard cam biasa. Anda akan dibawa ke menu upgrade seterusnya. Harap ini membantu,

  21. safwanhussin pada 13 Dec 2008

    Ya.. Memang sgt mudah sebenarnya upgrade wordpress ni. Tak payah nak bervideo2..

    • aMaNz pada 24 Dec 2008

      Haha. Betul. Amat mudah sekali.

  22. Apiez pada 15 Dec 2008

    file lame tu (cam artikel) nk kene back up ke…

    • aMaNz pada 16 Dec 2008

      @Apiez: untuk keselamatan, backup jer ar…tapi kalo yakin, takyah..huhu

  23. adib. pada 15 Dec 2008

    @eSempoi.com : turbo sgt best. kalau untuk blogging yg masyuk luncur laju..tp untuk kesenangan admin la..

    aku dah upgrade dah..hehehe..sgt best.

  24. topek pada 16 Dec 2008

    macam mana nak update WP 2.7 yerk??

  25. topek pada 16 Dec 2008

    saya dah download WP2.7 tu… bila saya replace dengan WP yang sedia ada, sama jer.. cam x de beza. kenapa ya??

  26. aman pada 16 Dec 2008

    fail core dia memang lebih kurang sama jerk..just interface kat dashboard yang tukar..huhu

  27. Hsnep pada 17 Dec 2008

    hehe.. trackback skali lagih!

  28. topek pada 17 Dec 2008

    owh… dashboard dia yang berubah. ic…

    kwan saya mempunyai masalah dgn WP dia… dia kata ada eror.. begini eror nye…

    Unexpected character in input: ”’ (ASCII=39) state=1 in /home/username/public_html/wp-admin/includes/dashboard.php on line 473

    apa masalahnye??

    • aMaNz pada 17 Dec 2008

      ooo..
      time upload tue, dia ada fail yang tak upload abis, atau time upload tue tenet dia terputus kot.
      Upload balik sumer.

  29. khai pada 17 Dec 2008

    amanz, boleh aku tahu plugin ape ko guna untuk stat dalam screenshot dashboard ko tu… tq

  30. aMaNz pada 17 Dec 2008

    Huhu. Nama plugin tue WordPress.com Stats. Plugin rasmi untuk statistik untuk platform WordPress, dibangunkan oleh Matt sendiri.
    http://wordpress.org/extend/plugins/stats/

  31. topek pada 18 Dec 2008

    theme Wp ni gune coding ape yerk?? kat mana kita nak tgk codingnye?? igt nak setting skit la… hehehe..

  32. aman pada 18 Dec 2008

    theme wp yang mane yerk?
    kalo nak tengok dia nyer koding, usha kat Appearance.

  33. topek pada 24 Dec 2008

    aman… kalau kita login, lambat betul nak tunggu dia load dashboard. kenapa yerk??

    satu lagi… mcam mana kita nak tukar avatar?? maksud saya, gambar. bila kita bagi komen kat orang, dia x keluar pun gambar saya. mcam mana ya??

  34. topek pada 24 Dec 2008

    aman… kalau kita login WP kita, kenapa lambat betul nak tunggu dia load dashboard. kenapa yerk??

    satu lagi… mcam mana kita nak tukar avatar dalam WP?? maksud saya, gambar. bila kita bagi komen kat orang, dia x keluar pun gambar saya. mcam mana ya??

    • aMaNz pada 24 Dec 2008

      owh..tue kena daftar kat Gravatar tuk avatar, pastue upload image hang kat Gravatar tue. Nanti dia ganti sumer gambar hang ngan gambar yang hang upload tue.

      dashboard lambat loading? erm. kenapa yerk? aku gune line gprs pun okay jer loading time dia. hang guna browser ape? try gune mozilla firefox.

  35. aidilx pada 04 Jan 2009

    aku pun guna wordpress 2.7. cool!

    tapi masalah aku dari segi setting avatar kat komen.

    dah daftar kat gravatar pun tp masalah avatar tak kuar gak.bengang gak beb!

    aku try guna plugin pun tak jalan gak.tunjuk ajar ku sifu.

    • aMaNz pada 04 Jan 2009

      theme hang support tak fungsi dia? kengkadang, ada theme yang tak support…
      lagi satu, pas daftar gravatar, hang kena gune emel yang hang daftar tue tuk bagi gravatar kuar… :D

  36. aidilx pada 04 Jan 2009

    dah kuar..


Trackbacks/Pingbacks

  1. We’re now with Wordpess 2.7 dude! Get yourself out of the box! | Hanep.Org

Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader