-
Apa Anda Mahu Dalam WordPress 2.8?
Selepas 14 hari mengeluarkan WordPress 2.7, kini pihak pembangun WordPress sudah mula membincangkan mengenai fungsi yang bakal disertakan dalam WordPress 2.8 yang mana bakal dikeluarkan kelak. Nampaknya seperti pengguna WordPress meningkat dari hari ke hari. WordPress 2.7 sahaja sudah mempunyai lebih kurang 610,000 muat-turun ketika artikel ini ditulis, dan angka ini masih sedang meningkat dari hari ke hari. Walaubagaimanapun, WordPress 2.8 tidak akan menyusahkan lagi para pengguna, kerana mulai WordPress 2.7, sudah terdapat fungsi pemasangan secara automatik, yang mana diminta-minta oleh para pengguna.
Kini, pihak pembangun CMS terkemuka ini sedang membuat bancian mengenai fungsi apakah yang perlu diberi perhatian dalam WordPress 2.8 kelak. Anda boleh menyertai bancian tersebut, sekaligus membantu komuniti pengguna WordPress dalam menentukan fungsi dan ciri-ciri yang bakal diperkenalkan kelak. Bancian ini akan ditamatkan pada hujung tahun ini.
11 Komen
tak tahu la nak cakap ape yg aku mahu lagi.. rasanya dah cukup lengkap la tu… sume benda ada….
separate members area.
multiple weblog/section
wordpress kool!
tak cari lain dah!..haha
aman, try ko guna plugin ozh admin drop down menu. itu apa yang aku mahu untuk wp 2.8. serius.
nanti aku try..huhu
memula pakai 2.7. seriau gak. jadi pelik semua..sebab dah terbiasa 2.6.
2.8? ehm..ntahlah. aku dah cukup terkejot dah nih dgn 2.7..
akoo nk fungsi backup artikel tue dibuat secara bulanan. tue je. benda nie tade mmg menyusahkan beta je. huuu!
aku auto-backup sehari 2 kali bro… ape ko takde plugin wp-backup tu ke ape..
salam and hi aman
kita gi browse2 blog awak td and i’ve read most of the entries. thank you for dropping by yea..
Talking about WP2.8, wah.. cepat bena nak gi release another updated WP. WP2.7 baru je keluar tu pun kita lom update lagi (hehe).. But I’ll update mine soon la.. Pasal kita tak leh nak update guna plugin. Kena download kat WP.org tu..
gi upgrade cepat..huhu
pembilang huruf dah ada… aku nak pembilang keyword density …. hahahahaa…