21Dec

BuddyPress Beta Sedia Di Cuba

Web 2.0

Setelah pembangunan yang lama, versi beta untuk BuddyPress telah pun mula diedarkan kepada para pembangun laman web. Bagi yang masih tidak mengenali BuddyPress ini, ianya merupakan salah satu projek yang mana dibangunkan oleh beberapa orang pembangun yang mana turut menyumbangkan tenaga dalam pembangunan WordPress yang mana kini diguna pakai oleh ramai pengguna dan penulis blog.

BuddyPress
Antaramuka BuddyPress Dengan Tema Asas

Melalui BuddyPress, anda boleh mengubah pemasangan WordPress MU anda kepada sebuah laman sosial, dan membawakan pelbagai fungsi-fungsi menarik kepadanya. Walaubagaimanapun, untuk mula memasangnya, anda perlulah mempunyai WordPress MU sedia terpasang terlebih dahulu. Ianya didatangkan dalam dua versi, iaitu versi kombo dan juga pemasangan komponen tambahan secara berasingan. Mungkin anda boleh mencubanya pada localhost anda dan mencuba beberapa fungsi sosial pada BuddyPress.

Adakah dengan adanya BuddyPress, kini kita boleh melihat lambakan laman sosial di luar sana?


Ikuti Notifikasi Facebook Melalui Facebook Desktop
1Malaysia.com Beroperasi, Dan Ditutup Kembali
Hashtag Pada Twitter Telah Dimulakan Pada Ogos 2007
Aplikasi Evernote Terkini Membawakan Sokongan Bahasa Malaysia
Twitter Mula Mengintegrasikan Kandungan Daripada Facebook

2 Komen

  1. khai pada 21 Dec 2008

    kene try ni…. before terlambat.. maybe ntuk oh cun kan amanz? hehe

  2. shamxo pada 21 Dec 2008

    mmm..laman sosial yang semakin melambak tu bagus juga..jgn laman sosial berunsurkan porno dah la


Tinggalkan Komen Anda