24Dec

Camino 2.0 Beta Pertama Di Lancar Oleh Mozilla

Perisian, Sumber Terbuka

Bagi para pengguna Mac, mungkin anda sudah pun mengenali Camino. Camino adalah pelayar web yang dibangunkan oleh Mozilla, khas untuk pengguna Mac. Selain menyediakan beberapa fungsi yang sama dengan pelayar Mozilla yang lain seperti pantas dan selamat, Camino turut menggunakan enjin Gecko dan turut menyokong plugin tambahan sama seperti pada Firefox yang dibangunkan Mozilla.

Camino
Antaramuka Pelayar Web Camino

Hari ini, Mozilla telah pun mula memperkenalkan versi beta untuk Camino 2.0 yang mana menggunakan enjin Gecko 1.9 yang mana dibangunkan oleh Mozilla. Dengan Camino 2.0, prestasi pelayar webnya dipertingkatkan dengan membawakan masa pelayaran web yang lebih pantas daripada sebelumnya. Selain daripada itu, tab juga boleh diatur dengan hanya drag dan drop. Anda juga kini boleh menghalang aplikasi Flash pada web daripada di load. Bagi muat-turun pula, Dock akan bergegar setelah sesebuah fail siap dimuat-turun.

Anda boleh mencuba Camino 2.0 Beta ataupun menggunakan Camino 1.64 yang mana ianya lebih stabil pada Mac OS-X anda.


RIM Mengumumkan BlackBerry OS 7
Skype 5.5 Beta Membawakan Integrasi Facebook Chat
iPhone 4S Di Singapura Hujung Bulan Ini - Di Malaysia Selepas Itu?
iTunes 11 Bakal Didatangkan Dengan Sokongan iCloud Dan iOS6?
(Video) Ulasan Ringkas Aplikasi S-Voice

6 Komen

  1. megat pada 24 Dec 2008

    wah semakin byk pilihan! antara muka pun berkonsepkan web 2.0. mana satu yang best eh?

    aku ttp stay dgn ‘musang berapi’ huhu

    • aMaNz pada 24 Dec 2008

      Hoho. Dah banyak dah. Chrome, Mozilla, Camino, dan Safari. Tapi Camino nie tuk Apple.

  2. khai pada 24 Dec 2008

    ingatkan ko nak cerita pasal pizza tadi.. gambar pizza yg lebih menonjol.. hehehe..

    • aMaNz pada 24 Dec 2008

      haha..tue skadar hiasan..

  3. alone pada 24 Dec 2008

    smart juga guna mac ni.

  4. Fahmishah pada 24 Dec 2008

    Aku rasa pengguna Apple stick dengan Safari ja kot


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader