Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Ingat lagi dengan laman enjin carian yang dulunya mengatakan enjin carian mereka lebih efisyen dan menggunakan kos lebih murah daripada Google? Ya, laman Cuil yang dimulakan pada akhir bulan Julai yang lalu, seperti telah lama tidak dikunjungi para pelawat, dan mungkin tidak akan hidup lama lagi.
Pada permulaannya sendiri, ia menghadapi sedikit masalah seperti menghadapi masalah para pengguna berlebihan yang mana mengakibatkan server down sebentar pada hari pelancaran, disamping menggunakan imej yang kurang relevan sebagai thumbnail untuk keputusan yang dipaparkan. Dan masih tiada sebarang usaha untuk membetulkannya sehingga kini. Malah kini, terdapat beberapa keputusan carian yang dipaparkan tidak berapa sesuai untuk kanak-kanak, walaupun Safe Search digunakan. Penggunaan warna latar berwarna hitam juga dikatakan beberapa pihak sebagai tiada tarikan.

Trend Alexa Untuk Laman Cuil.com [via]
Mungkin ianya masih belum untuk dapat bersaing dengan Google, dan untuk terus beroperasi, mungkin pihak mereka perlu memikirkan beberapa cara, seperti
10 Komen
Tinggalkan Komen Anda
aah yek..
dah lama tak dgr pasal Cuil ni.
dulu mcm hebat sgt..
hehe..
x nak macam aku baru tahu plak… ingatkan nak try la ke’best’an nya.. tapi nampaknya ni kali pertama dan terakhir la aku masuk..
result yg keluar macam taik…. ceh!
nama pun tak sesuai la. haha
coli lg seswai. ops!
mak aihh.. kuil pun aku tak tau ape..haha
ehm. aku tak suka search engine ni..
haha
kuil
alah,maybe cuil ni maseh baru
Hehehe. Memang dah tak lama ni… hehehe. Tpi, yg tak best nyer, result dia kluar 3 kolum. penin kepala den.. hehe
tpi, camner diorang promote sampai jadi begitu gah pada awal-awl nyer tu?
Erm.. Mana-mana pon orang tetap dengan Google & Yahoo! gak..