25Dec

Facebook Connect Kini Pada Disqus

Perisian, Web 2.0

Pesaing terdekat kepada Intense Debate, Disqus hari ini telah berjaya mengintegrasi sepenuhnya Facebook Connect ke dalam aplikasi mereka. Sama seperti Intense Debate, Disqus menyediakan para pengguna dengan platform untuk komen yang mana membolehkan para pengguna meninggalkan komen menggunakan ID daripada Disqus sendiri, atau tanpa sebarang ID, dan hari ini mereka memperkenalkan fungsi meninggalkan komen menggunakan akaun Facebook.

Facebook Connect Bersama Disqus
Facebook Connect Bersama Disqus [via]

Ini mungkin amat berguna kerana terdapat beberapa laman yang menutup fungsi untuk komen tanpa sebarang ID, dan memerlukan para pengguna mendaftar dahulu dengan Disqus. Dengan Integrasi bersama Facebook, ianya mungkin akan menjimatkan lagi masa, dan tidak lagi perlu bimbang mengenai pendaftaran.

Bagi yang meninggalkan komen menggunakan akaun Facebook, avatar mereka akan memperlihatkan huruf “F”, manakala sekiranya menggunakan akaun Disqus, avatar mereka tidak akan terdapat sebarang perubahan.

Walaubagaimanapun, aMaNz masih akan setia menggunakan sistem komen yang didatangkan bersama WordPress itu sendiri, dan tidak bercadang untuk menggunakan Intense Debate ataupun Disqus pada masa terdekat ini.


Firefox Mobile 6 Akan Menyertakan Sokongan Antaramuka Tablet
Aplikasi Molome beta Untuk Android Dilancarkan
Mozilla Ingin Membuang Angka Versi Untuk Pelayar Web Firefox
Halaman Facebook Events Yang Baru Diperkenalkan Kepada Semua Pengguna
ShareYourLook Membolehkan Para Pengguna Berkongsi Gambar Fesyen

5 Komen

  1. khai pada 25 Dec 2008

    haru jugak kalau orang tu takde pesbook.. kan ramai yg memandang enteng pada facebook tanpa mencubanya dulu.. sigh~

    • aMaNz pada 26 Dec 2008

      haha..maybe kena integrate skali ngan Google Connect, MySpace ID dan Open ID…

  2. abdfatah pada 31 Dec 2008

    intension debate? disqus? boleh harap ke?

  3. syabie pada 25 Jan 2009

    wah dasyatnya, semua kena integrate sekarang

  4. Marzuki pada 17 Mar 2009

    sgt sesuai utk pengguna tumblr n blogspot


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader