30Dec

Gangguan Internet Berlanjutan Sehingga 4 Januari

Lain-lain

Gangguan talian internet yang dihadapi baru-baru ini, dan yang mana sebelum ini dijangka akan dibaik pulih sebelum menjelang tahun 2009, nampaknya menemui jalan buntu, apabila kabel bawah tanah putus lagi buat kali kedua.

Kabel yang putus sebelum ini, iaitu kabel Sea Me We 4 telah pun siap diperbaiki sepenuhnya pada Disember 25, tetapi masalah dihadapi apabila kabel yang sama putus buat kali kedua, tetapi di kawasan yang lain, iaitu lebih kurang 388 kilometer daripada Alexandria, Mesir.

Kumpulan yang sebelum ini memperbaiki kabel tersebut, terpaksa pulang dan mengambil kabel tambahan untuk memperbaikinya, yang mana kerja membaik-pulih dijangka akan dimulakan pada 31 Disember, dan dijangka talian internet kembali pulih pada 4 atau 5 Januari 2009.

Sebelum ini, kabel tersebut terputus buat pertama kali pada 19 Disember mengakibatkan gangguan hubungan internet antara Eropah dengan Afrika dan Asia.


IBM Menarik Diri Daripada Memiliki Sun Microsystems
Kini Anda Boleh Menyemak Domain .my Melalui SMS
Samsung Ingin Mengambil-Alih Nokia?
Infografik : Perbandingan Antara Bill Gates Dan Steve Jobs
Akamai : Purata Kelajuan Internet Malaysia Pada Suku Tahun Kedua Adalah 1.9Mbps

27 Komen

  1. loque pada 30 Dec 2008

    kat mane yg corrupted ni bro???
    kat mesia ke?

    • aman pada 30 Dec 2008

      yer kot, mesia sekali, coz kabel tue sambung sampai singapura.

      • loque pada 31 Dec 2008

        oooo….
        ok jek tenet ni…
        ha3

  2. YAN^S pada 30 Dec 2008

    laaaa bukan 31 December ke???? ni yg tak best ni….

  3. chuckiesd pada 30 Dec 2008

    laaa patut laaa…Internet cam problem jer..ader gangguan rupernya…harap cepat2 pulih..

  4. nikillas pada 30 Dec 2008

    putus x putus.. tenet same je.. slow cam siput sedut gak.. hohoho..

  5. Syam pada 30 Dec 2008

    no wonder bila aku nak akses web-web dari negara barat sana, loadingnya sgt lembab. masih tak pulih2 lagi rupanya.

    ps: byk ah duit masyuk dalam poket kontraktor yg buat kerja baik pulih tu kan.
    pss: kenapa boleh putus sekali lagi? ikan gigit ke?

    • Sweet Thinker pada 30 Dec 2008

      ko masuk redtube ke pornhub? kantoi!

      • aman pada 30 Dec 2008

        kowang nie tak abis-abis..haha…
        eh…redtube tue bukan web ko ker?
        huhu..

  6. hydir pada 30 Dec 2008

    salam …

    so far xde masalah rasanya nak masuk web..
    x tahu lak ada masalah.. heh…

    apapun… kena buat wireless satu dunia kot… :)

  7. alone pada 30 Dec 2008

    aduhai. putus lagi?

  8. Nas pada 30 Dec 2008

    Adoiyaii.. Celcom broadband pon ade kena tempias dia ke?

    • budeen pada 30 Dec 2008

      by right kena jgk la, since semua traffic m’sia akan lalu gateway sama utk keluar negara..

      • aman pada 30 Dec 2008

        ha’a..kena gak..

  9. flip9 pada 30 Dec 2008

    tapi knape internet aku mcm ok je..
    aku menorrent pon laju..

  10. hanep pada 30 Dec 2008

    patutlah… huhu

  11. kusu pada 30 Dec 2008

    sekarang aku tahu kenapa internet asyik problem je sejak kebelakangan ni..

  12. Junaidix pada 30 Dec 2008

    ooh.. ader internet problem eh? hehe.. *baru balik dari holiday camp*

  13. ManticoreX pada 30 Dec 2008

    Adoiyai putus lagi ke.. Ptt la ako dpt IP merepek2 skg ni.. Tp torrent totap laju spt biasa :D

  14. izz pada 30 Dec 2008

    aku la yg putoskan arituh.. kekeke.. padan muke korang.. *dengki

    • loque pada 31 Dec 2008

      ko memang pendengki handalan
      mwahaha

  15. Maya pada 30 Dec 2008

    Tengah2 full kastemer, time tulah dia putus… siang tadi hampir 20minit putus… hopely lepas tarikh tu semua akan ok macam biasa. Insyaallah.

  16. abdfatah pada 31 Dec 2008

    keputusan lagi ke? patut laa lombab aje… bukak site jadi plain text aje time nak loadingnya… hahahaa…

    • aMaNz pada 31 Dec 2008

      haha..
      ingat apesal tetiba kuar keputusan nie..
      rupa-rupanya
      ke-putus-an..
      haha..

      • Nas pada 31 Dec 2008

        Keputusan pemilihan raja lawak 3 kot..
        hehehe..

  17. ~ mizzAmy ~ pada 31 Dec 2008

    ~ no wonder la internet lately nih lembab kematut… especially facebook. cemana la leh putus tuh agaknya. ~

  18. Wizurai pada 31 Dec 2008

    aku punya Celcom Broadband slow tahap cipan!


Tinggalkan Komen Anda