22Dec

Gangguan Talian Internet Seluruh Dunia

Lain-lain

Perkhidmatan Internet Telekom Malaysia Berhad (TM) kini terganggu akibat kerosakan sirkit sistem kabel dasar laut yang menghubungkan Malaysia dan Eropah. TM berkata, kerja membaik pulih kerosakan sirkit Southeast Asia Middle Eastern and Western Europe 4 (SMW4) antara Palermo, selatan Itali dan Alexandaria, utara Kaherah sedang dijalankan dan perkhidmatan dijangka beroperasi seperti sediakala pada 31 Disember ini.

“Berikutan masalah tersebut, pelanggan perkhidmatan Internet TM akan mengalami sambungan Internet yang perlahan ketika melayari laman web yang dihoskan di Eropah,” katanya, semalam.

Katanya, sementara mereka yang menggunakan perkhidmatan Protokol Internet (IP) yang lain seperti Rangkaian Persendirian Maya (VPN) serta aplikasi perniagaan kritikal yang dihubungkan ke Eropah juga mungkin terganggu.

“Untuk mengatasi masalah berkenaan, beberapa laluan Internet sudah dialihkan ke sambungan alternatif bagi mengurangkan kesesakan,” katanya.

TM berkata, berikutan kerja membaik pulih, trafik ke Amerika Utara dijangka turut terganggu.

Pelanggan TM boleh menghubungi talian 100 dan pilih “perkhidmatan Internet” atau di help@tm.com.my untuk membuat laporan masalah Internet mereka, katanya.

Kredit : Harian Metro


Ujian Internet Berkelajuan Tinggi Pertengahan Bulan Ini
Cara Mengesan Pengguna Invisible Pada YM
Palm Kini Milik Hewlett-Packard
Penggunaan Purata Pengguna P1 Mencecah 12GB Sebulan
Aplikasi Harian Metro, NST, Dan Berita Harian Untuk Android 3.0 Dilancarkan

15 Komen

  1. khai pada 23 Dec 2008

    alahai…. tapi aku x rasa lagi masalah ni… semua web luar negara laju macam biasa jer…

  2. Fahmishah pada 23 Dec 2008

    Khai, kalau kau lawat web dari server europe, mesti ko dapat rasakan

  3. Mohd Ismail pada 23 Dec 2008

    sapa2 ade hosting kat europe.. sakit la skang ni.. he he =)

    • aMaNz pada 24 Dec 2008

      haha…selamat aku…

  4. Junaidix pada 23 Dec 2008

    europe eh? hm.. patut la bukak bbc uk mcm terkedek-kedek jer..

  5. arynet pada 24 Dec 2008

    aku terus tak dapat access tenet guna pc masa 19hb tu.. guna handphone boleh je.. tapi slow.. hehe..

  6. Darkz05 pada 24 Dec 2008

    ada jgk la terasa slow. Memang panas jer ni time surf slow jer manjang :evil:

  7. xetech pada 24 Dec 2008

    Patut juga, kan tgh mendownload guna Rapidshare, server durang ada gak disana, harap 1 Jan 2009 nih pulih 50% la paling slow…

    Unsea cablr tuh bukan murah geng, mo billion jugak tuh setiap 1 cable…

    • aMaNz pada 24 Dec 2008

      tue ler pasal. awal tahun lepas, kita kat mesia kena, sekarang orang putih. hoho.

  8. Sweet Thinker pada 26 Dec 2008

    terasa lg ke? nk dload je terasa. dari site2 panas. wahaha!

  9. jaki2jipangs pada 28 Dec 2008

    kalu saper guna megaupload pasti terasa sangat. sb kebanyakkan surver diaorang dihostkan kt sana….

  10. aktechpage pada 29 Dec 2008

    site2 dr US termasuk jugak ke??
    Apesal susah sgt nk masuk site amerika…
    selalu timeout je….taking too long to respond…huhuhu

    • aMaNz pada 29 Dec 2008

      site US takde problem kot..
      aku okay jer..

  11. aktechpage pada 29 Dec 2008

    Apsal aku problem ekkk???
    adakah disebabkan laptop ku…??
    tp baru je format 2 hr lps….
    hmmmmm……
    kena cuba line tenet kt ofis bila hbs cuti ni…

    • aman pada 29 Dec 2008

      hang gune streamyx ker atau celcom broadband?


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader