• Google Integrasikan Twitter Pada Friend Connect

    Hari ini, Google telah mengumumkan bahawa kini mereka turut menyokong Twitter melalui platform Google Friend Connect mereka. Jikalau melalui Twitter anda boleh mengemaskini semua perkara yang sedang berlaku disekeliling anda, kini dengan integrasi bersama Google Friend Connect, anda turut boleh mengemaskini Twitter anda dengan lebih pantas berkenaan laman-laman yang anda sertai.

    Google Friend Connect dan Twitter
    Fungsi Twitter Pada Google Friend Connect

    Malah, Twitter juga dalam proses mengintegrasikan laman mereka bersama Facebook, melalui Facebook Connect. Menurut Google, intergrasi bersama Twitter merupakan antara langkah dalam memperluaskan penggunaan Google Friend Connect sekaligus memperluaskan penggunaan OpenSocial, dan membawa penggunaan laman sosial kepada lebih banyak laman lagi.

Tiada Komen

Tinggalkan Komen Anda