31Dec

Google Mempromosi Chrome Dan Firefox Melalui GMail

Google

Selain mempromosikan Google Chrome di beberapa laman seperti di halaman utama Google dan juga di laman Youtube, kini Google turut mempromosikannya perkhidmatan emelnya, GMail. Walaubagaimanapun, pada laman GMail, Google hanya memperlihatkan satu pautan khas kepada para pengguna IE6, yang mana bermaksud, layari GMail dengan lebih pantas.

Melalui pautan tersebut, Google mempromosikan penggunaan Google Chrome dan juga Mozilla Firefox. Malah Google sendiri mengatakan bahawa ianya dua kali lebih pantas apabila menggunakan Chrome dan Firefox. Oleh kerana mesej ini hanya diperlihatkan pada pengguna yang menggunakan IE6 sahaja, ianya menunjukkan bahawa IE adalah antara pelayar web yang agak perlahan.

Internet Explorer adalah pelayar web yang digunakan paling ramai pengguna di dunia, disebabkan ianya adalah pelayar web asas yang didatangkan bersama sistem operasi Windows, yang mana banyak diguna pakai diseluruh dunia. Google bercadang untuk mengatasi perkara ini dengan beberapa cara termasuk mempromosikan Chrome di YouTube dan juga GMail.

Via : LifeHacker


Arkibkan Mesej Yang Anda Hantar di GMail
Google Kini Menyokong Carian Masa-Nyata
Teknologi Sepanjang Tahun 2010
Google Maps 5.2 Untuk Android Membawakan Fungsi Yang Lebih Sosial
Mozilla Firefox 13 Beta Dengan Halaman Tab Baru Diperkenalkan

2 Komen

  1. Imran pada 31 Dec 2008

    Haiz. IE8 pun nampak cam tak membantu. Try install beta version tu kat PC. Lagi lembab adalah. Or is it my PC?

  2. MK pada 31 Dec 2008

    Gila-gila punya promote ah Google. Tak kena saman anti-trust ke, haha.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader