09Dec

Google Menambah Task Pada GMail

Google

Setelah lama ditunggu-tunggu, hari ini Google akhirnya memperkenalkan to-do list melalui aplikasi emelnya, GMail. Aplikasi ini dikenali sebagai Task melalui GMail. Oleh kerana pelbagai perkara yang dilakukan oleh seseorang melalui akaun emel mereka, Google menambahkan lagi kegunaannya dengan memperkenalkan suatu aplikasi yang memperlihatkan tugas-tugas yang perlu dilakukan sementara sedang online.

Task masih lagi dalam Google Labs, jadi ianya tidak kelihatan pada akaun asas. Anda perlu membolehkannya melalui Setting pada laman GMail. Anda hanya perlu klik pada Setting, seterusnya Labs, dan Enable Task. Ianya akan diperlihatkan sama seperti ruangan chat (GTalk) yang dipaparkan pada bahagian sidebar di GMail. Kini, ianya lebih mudah dan lebih pantas untuk mengetahui perkara apa yang perlu dilakukan oleh anda setiap hari, dan menguruskan diri anda dengan lebih teratur.

P.S : aMaN menggunakan aplikasi RainLender untuk menguruskan masa. Ia juga menyokong platform Linux.


Google Mempromosi Chrome Dan Firefox Melalui GMail
Disco Kini Membawakan Sokongan Twitter Dan SMS
Aplikasi Photovine Mula Kelihatan Pada AppStore
Pengguna Telefon Pintar Di Malaysia Hanya Sekitar 9%
Android Gingerbread Kini Menjana Lebih Separuh Peranti Android Seluruh Dunia

7 Komen

  1. NoktahHitam pada 09 Dec 2008

    Rainlender ok. Tapi aku rase agak semak. Senang kalau ade Gmail. Aku bubuh dah. Semudah ABC utk masukkan task ;)

  2. 26 pada 09 Dec 2008

    Rainlender boleh digunakan secara offline compared to gmail.

  3. Fahmishah pada 09 Dec 2008

    aku tak pernah pakai lagi, selalu aku pakai buku-tiga-tujuh je..huhu

  4. 26 pada 10 Dec 2008

    takpun guna pelekat 3M tempek kat monitor haha

  5. MK pada 10 Dec 2008

    Aku guna Notepad ja. Haha.

  6. Khai pada 11 Dec 2008

    entah kenapa, dalam setting gmail aku, takde pon menu “labs” tu.. huhu.. nape ye cik amanz yg ensem?

    well, aku pakai netvibes jer.. tapi kalo dah ade kat gmail, lagi bagus… since aku pon dah aktip guna google reader… lebih2 untuk mengetahui update kat amanz.my ni.. hehehe..

    satu soalan di sini, ko plak dah subscribe blog aku lom? hahaha

  7. samdaddycool pada 12 Dec 2008

    Aku masih menggunakan cara manual untuk segala jadual…


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader