-
Import dan Eksport Artikel Anda Pada Blogger
Mungkin ramai yang sudah perasan dan mungkin juga tidak. Kini perkhidmatan blog percuma daripada Google, Blogger menyediakan pilihan untuk mengimport dan eksport artikel kita dari blog di Blogger atau BlogSpot. Fungsi ini dahulunya digunakan sebagai eksperimen pada Blogger in Draft, dan kini ianya sedia diguna pakai oleh semua penggunanya.

Import dan Eksport Artikel Anda Pada BloggerKebolehan untuk import dan eksport artikel ini juga bukan setakat backup untuk digunakan pada masa kecemasan, tetapi ianya lebih daripada itu. Antaranya ialah:
- Mengabungkan dua atau lebih blog menjadi satu, sekaligus menjenama-semulakan blog anda, tanpa kehilangan sebarang artikel.
- Memindahkan artikel dari satu blog ke yang lain dengan mudah.
- Memindahkan blog anda ke tempat lain dengan mudah menggunakan fail Atom XML yang diberikan.
Anda boleh mengakses bahagian Import dan Export ini melalui navigasi Blog Tools dan seterusnya memilih Settings | Basic. Dengan adanya ini, anda tidak lagi perlu bimbang akan kehilangan artikel anda sekaligus memastikan anda dalam keadaaan bersedia pada waktu kecemasan kelak.
7 Komen
terbaik dari google..
Pindahkan blog dari blogspot ke wordpress tu aku tau..
Tapi buat dua blog jadi satu belum tau lagi.
aku pun belum cuba, maybe data yang kita import tue, pastue kita leh eksport lebih dari dua data Atom XML ke dalam blogspot kembali..
aku pernah cube memindahkan content dari blogspot ker wordpress…memang bagus..tak laa blog baru tu kosong jer
erm.. mende ni sure berguna kalau aku dah
decide nak beli hosting nanti… tapi buat mase ni
rilek dulu ar… ekeke~
penat try wat. tapi tak jadi..
ni baru lagi kan. export blogger ke wordpress pernah dengar n pernah buat. ni tak try lagi. hehe. bila la blogger nak ubah comment style dia mcm wp. hehe