Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Windows Live Messenger 9.0 (2009) nampaknya bakal menarik minat ramai pengguna internet. Terbaru, melalui Live Messenger 9.0 Beta, Microsoft telah memperkenalkan panggilan video dengan kualiti yang lebih baik, dan beberapa fungsi tambahan yang agak menarik.
![]()
Fungsi Mengantikan Emoticon Pada Windows Live Messenger 09 Beta [via]
Kini, anda boleh membuat panggilan video dengan kualiti yang agak baik, iaitu sehingga (640×480) yang mana memperlihatkan resolusi empat kali ganda lebih baik berbanding sebelumnya. Untuk mendapatkan kualiti sebegini, anda memerlukan sebuah PC yang mana sekurang-kurangnya menggunakan dual core processor dan juga talian internet jalur lebar.
Tetapi, perkara yang agak menarik minat ialah fungsi tambahan yang baru iaitu, kebolehan untuk menggunakan emoticon kita sendiri. Anda kini boleh mengantikan gambar-gambar emoticon yang terdapat pada Windows Live Messenger dengan gambar anda sendiri. Anda boleh membuat mimik muka bagi setiap emoticon, dan gantikannya pada Windows Live Messenger.
6 Komen
Tinggalkan Komen Anda
cool juga boleh guna smiley sendiri.. tapi jgn sama plak macam font.. kita je yg syok sendiri.. orang di sana x nampak.. hehe
secara tak sengaja, pc diserang virus. baru lepas format. dan on the way 51% tgh install windows live. tiba2 plak ternampak post ni..huhu…x sabar mencuba…
emoticon sendiri ni dah lama ada. dari version 6.
entah kenapa aku tidak berminat untuk gunakan aplikasi microsoft yang satu ini. aku lebih prefer YM atau GTalk.
Aku pun sama, lebih prefer YM ngan GTalk.
Apsal korang berdua sama??
hehehe..