31Dec

Menarik Sepanjang 2008

Lain-lain

Tahun 2008 membawa pelbagai kenangan manis dan pahit dalam dunia teknologi. Malah akhir tahun 2008 membawa pelbagai kenangan pahit kepada industri teknologi seluruh dunia apabila ramai pekerja diberhentikan kerja berikutan dengan masalah ekonomi. Berikut merupakan beberapa coretan menarik sepanjang tahun 2008 untuk dikongsi bersama.

Microsoft Membida Yahoo! Untuk $44 Billion

Sama seperti tahun-tahun lepas, Microsoft membida untuk memiliki enjin carian Yahoo! dengan harga $44 billion. Namun setelah beberapa hari memikirkan mengenainya, Yahoo! menolak tawaran tersebut. Seterusnya, Yahoo! mengumumkan kerjasama bersama Google yang mana gagal untuk diteruskan sepanjang tahun. Perkara tersebut telah meletakkan Yahoo! dalam satu krisis, yang mana kemudiannya menawarkan diri mereka untuk dimiliki oleh Microsoft. Namun, Microsoft kemudiannya menolak untuk memiliki Yahoo!. Kini, Yahoo! dalam pencarian CEO baru untuk mengantikan Jerry Yang.

Microsoft Memperkenalkan Windows 7

Sistem operasi yang mana bakal berada dipasaran pada akhir tahun depan diperkenalkan oleh Microsoft kepada orang ramai. Ianya bakal mengantikan Vista yang dikatakan gagal, selain memperkenalkan beberapa ciri-ciri baru yang menarik. Namun, sama seperti perisian Microsoft yang lain, Windows turut menghadapi masalah apabila setiap keluaran percubaannya di muat-naik ke laman-laman torrent.

Netbook Mengantikan Notebook

Jualan Netbook meningkat dengan drastik sejak pengenalan notebook-mini oleh Asus dengan Asus eeePC. Harganya murah dipengaruhi oleh kerana harga chip yang digunakan dalam pembangunannya yang murah, disamping penggunaan sistem operasi sumber terbuka seperti Linux Linpus. Walaupun fungsinya amat terhad, ianya tetap menerima penerimaan orang ramai yang inginkan komputer murah-alih.

iPhone 3G Di Lancarkan

Gajet yang amat menjadi sebutan orang ramai sepanjang tahun 2008 adalah iPhone 3G daripada Apple. Apple memperkenalkan 3G pada bulan Jun, dan sampai kini masih belum tiba di Malaysia secara rasminya. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa iPhone versi unlock di beberapa kawasan di Malaysia.

Telefon Bimbit Pertama Daripada Google

Google dengan kerjasama bersama dengan T1 Mobile telah melancarkan telefon bimbit pertama mereka, sekali gus memberikan saingan hebat kepada iPhone keluaran Apple. Malah lebih menarik, perisian yang digunakan dalam telefon bimbit ini adalah Android, yang mana dibangunkan menggunakan lesen sumber terbuka oleh Google sendiri.

Sistem Operasi Ubuntu Terus Gah

Walaupun terdapat pelbagai sistem operasi Linux yang lain, Ubuntu terus mendapat perhatian para pengguna. Tidak kurang juga yang menggunakannya sebagai sistem operasi kedua mereka. Ubuntu 8.04 memperkenalkan antaramuka yang baru yang mana lebih menarik berbanding sebelumnya. Hardware yang disokong juga bertambah dari masa ke semasa.

Google Chrome – Pelayar Web Daripada Google

Selain menyokong yayasan Mozilla dengan memberikan jutaan wang setiap tahun, Google sendiri telah memperkenalkan pelayar web mereka yang mana diberi nama Google Chrome pada tahun ini. Perkara ini sekaligus menjadikan Google daripada penaung kepada seorang pesaing kepada Mozilla. Google juga mempromosikan penggunaan pelayar web mereka dalam beberapa laman termasuk YouTube, halaman utama Google, dan terkini di GMail.

Blog-Mini dan Laman Sosial Mendapat Perhatian

Laman-laman seperti Twitter, Jaiku dan FriendFeed terus mendapat perhatian ramai pengguna seluruh dunia. Aplikasi-aplikasi tambahan untuk Twitter turut tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Facebook juga turut mendapat sambutan yang tinggi daripada para pengguna, membuatkan MySpace untuk memperkenalkan rekabentuk baru yang mana turut mengaplikasikan penggunaan Ajax dan antaramuka yang lebih menarik berbanding sebelumnya.

Mozilla Firefox Mencipta Rekod Dunia

Mozilla mencipta rekod dunia apabila aplikasi pelayar webnya yang terbaru, Firefox 3.0 menjadi aplikasi yang dimuat-turun paling ramai pengguna dalam tempoh 24 jam daripada pengeluarannya. Perkara ini juga, telah sedikit sebanyak membantu Mozilla memperkukuhkan dirinya dalam industri pelayar web.

WordPress 2.7 Dengan Antaramuka Baru

Platform menulis blog yang paling ramai menggunakannya, WordPress memperkenalkan versi terbaru mereka iaitu WordPress 2.7. WordPress 2.7 mendapat antaramuka baru yang mesra dan lebih pantas disamping sebelumnya. Malah antaramukanya yang terbaru ini lebih mesra berbanding sebelumnya.


Firefox 3.6 Bakal Tiba Tidak Lama Lagi
150,000 Orang Pengguna Internet di Kelantan
Kelompok Pertama Dibawah GreyAttic Akan Bermula Jun Ini
SKMM Diminta Menyemai Budaya Disiplin Di Kalangan Penulis Blog
#Tips : Kawal Aplikasi Yang Mengakses Akaun Facebook, Twitter, Google Dan Lain-Lain Hari Ini

22 Komen

  1. aMaNz pada 31 Dec 2008

    adoi yay..internet tengah slow, tak dapat nak masukkan link-link berkaitan. kang esok aku update balik. hehe..

  2. j_hafiz pada 31 Dec 2008

    window 7 cam ade mslh je bro.leh share link x?kut ade yg leh pkai.
    btw,cambes kan klo leh hack ym org smpai camti skali.leh wat link k blog sndri.hu3

  3. j_hafiz pada 31 Dec 2008

    xchnge link+copy artikel ni…may i?

    • aMaNz pada 31 Dec 2008

      boleh aje..just leave me the credits..

  4. abdusfauzi pada 31 Dec 2008

    bila la iPhone nak masuk Malaysia ni.. I want new update than iPhone 3G. MMS compatible and Higher Resolution for the camera. Probably, flash too.

  5. gerektua pada 31 Dec 2008

    salam…
    wah layan gila err nk panggil website or blog ar?
    apa pn layan beb lu punya err nk panggil website or blog ar?

    • aMaNz pada 01 Jan 2009

      haha..blog kot..hehe

  6. Kreuger @ Mr. Azman pada 31 Dec 2008

    hahaha… best beti koleksi
    info kat sini… ngam ngam… memang
    aku skang ni tengah gersang bahan bacaan
    ilmiah… so thanks a lot~

    Kreuger®

  7. zool pada 01 Jan 2009

    Banyak cerita technology tahun 2008 kan amanz..
    aku pun baru2 nak ikut.. tapi almaklumlah dah umur ke 30.. lambat pickup nak kejor tech2 ni

  8. lee pada 01 Jan 2009

    banyak gak info yg aku x tau ni..
    lambat gak aku tau..haha!

  9. izz pada 01 Jan 2009

    google ade phone ke?? ohh.. baru taw.. *terasa bodo*

  10. hydir pada 01 Jan 2009

    wah… menarik sekali…
    nak cari posting ttg bolasepak ke… sy boleh tolong :)

  11. kusu pada 01 Jan 2009

    firefox ngan chrome rawk!haha..

  12. Norhafidz pada 01 Jan 2009

    good round up amanz..aku ingat lagi macam mane meriahnye firefox di download oleh ‘masyarakat dunia’ :)

    Sangat viral!

  13. affuan pada 01 Jan 2009

    chrome x rawks lagi sebab belum complete aku rasa. tunggu la dah ok skit.

  14. twenty-six pada 01 Jan 2009

    sekali harung punya artikel.ko patut ebook kan segala artikel fav. ko..banyak yang berinformasi.

    • aMaNz pada 01 Jan 2009

      Hehe..kalo ebook pun baca kat komputer jugak, so baik masuk blog aku.. :P

      p.s: nanti kalo ada masa free, aku ebook-an artikel tue.. :D

  15. Kalam Budiman pada 01 Jan 2009

    huhu Google buat Handphone jgak? 15 tahun nanti baru la ada kilang handphone google di malaysia.. hehehe.. agknya camtu la.. :D

    • aMaNz pada 01 Jan 2009

      Kilang dia maybe kat luar negara, tapi import masuk jer kot. Hehe. Ada orang singapura yang keje ngan Google, dapat G1 untuk Krismas..huhu

  16. Fahmishah pada 01 Jan 2009

    Maju sekarang kau.
    Blog nampak lebih kemas dan teratur.
    Topik pula memang hot2 punya topik

    • aMaNz pada 02 Jan 2009

      haha..biasa-biasa jer..

  17. sickchild72 pada 02 Jan 2009

    weh ko ni rajin an update. bhahaha


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader