17Dec

Microsoft : Kumo Bukan Sekadar Enjin Carian

Microsoft

Sebelum ini, kita semua telah sedia ketahui mengenai perkara yang mana Microsoft bakal menjenamakan enjin carian mereka kepada Kumo pada tahun 2009 kelak. Namun, beberapa sumber mengatakan bahawa ianya lebih daripada enjin carian yang mana Microsoft bakal menjenamakan semula dibawah nama Kumo.

Kumo adalah salah satu perkataan Jepun yang mana membawa maksud kepada beberapa perkara seperti “awan (mungkin bermaksud lebih kepada cloud-computing)” atau “sea spider”. Microsoft dikatakan telah membuat permohonan menggunakan nama Kumo sebagai hak cipta (trademark) untuk beberapa perkara termasuk untuk hos perisian, enjin carian, telekomunikasi, pengiklanan, hiburan, pendidikan, dan sebagainya. Malah mereka juga telah mendaftarkan beberapa nama domain dengan perkataan Kumo seperti www.kumosearch.com, www.kumopics.com, www.kumowiki.com, www.kumogroups.com dan juga www.kumotravel.com.

Ini mungkin menandakan bahawa mungkin mulai tahun 2009, Microsoft bakal membuang nama Windows Live untuk perkhidmatan webnya dan menumpukan perhatian yang serius dalam menandingi Google didalam arena alam maya ini.


Seven Calculator Untuk XP dan Vista
DirectX 10 Untuk Pengguna Linux dan Mac OS X?
Rangkaian HSBB Daripada TM Pada Bulan Ini
Windows 8 Bakal Didatangkan Bersama-Sama AppStore?
Office Web Apps Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia

6 Komen

  1. khai pada 17 Dec 2008

    Kumo .. emm.. kalau dah jadi satu brand nanti, macam gempak jugak.. pe lagi, gi sebat kumo.my .. leh jual balik suatu hari nanti..

  2. zool pada 17 Dec 2008

    Hampir sama dengan nama watak katun One piece lah plak..
    He he he..
    apahal pun kita saksikan samada Microsoft mampu bersaing dalam arena Search Engine

  3. Junaidix pada 18 Dec 2008

    macam-macam spesis nama yg ms guna tapi satu pun tak berapa menjadi. still ketinggalan belakang yahoo. apatah lagi google.

  4. affuan pada 18 Dec 2008

    kumo ke kuno? ehe.

  5. khai pada 18 Dec 2008

    kodomo lion la lain kali. baru commercial.. ahaha

  6. hanep pada 19 Dec 2008

    kumo = berkumuh, picit dan keluar. keh3x… macam-macam la ms nih. xde satu pun nmpk bjaya…


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader