12Dec

Microsoft Memperkenalkan Thumbtack

Microsoft

Bukan sahaja Google ada Lab miliknya sendiri, malah Microsoft turut memilikinya lab-nya sendiri yang dikenali sebagai Live Lab. Terbaru daripada makmal ujian Microsoft adalah Thumbtack, dimana para pengguna boleh mengumpul, menyimpan dan menguruskan segala informasi yang diperolehi daripada internet di suatu tempat dan berkongsi bersama yang lain. Antara beberapa contoh yang disediakan oleh pihak Microsoft sendiri adalah seperti kumpul dan berkongsi restoran kesukaan bersama rakan-rakan, menguruskan percutian bersama keluarga, mencari tempat tinggal bersama rakan sebilik dan juga membuat pilihan dalam membeli kereta.

thumbtack

Melalui Thumbtack, pengguna boleh berkongsi maklumat dan berkolabrasi bersama yang lain dengan keupayaan untuk menghantar emel secara terus kepada yang lain, ataupun membenarkan pengguna yang lain untuk berkongsi maklumat samaada melalui RSS, Atom, HTML dan sebagainya. Seterusnya, anda juga boleh memasukkan data-data terkumpul kedalam blog atau website anda dalam bentuk widget, seperti MyBlogLog dan sebagainya.

Sama seperti produk LiveLab yang lain, Microsoft akan mengumpulkan pandangan dan pendapat orang lain terlebih dahulu sebelum membawanya ke peringkat lain.


$100 Juta Untuk Pemasaran Enjin Carian Microsoft
Bing Kini Berumur Setahun
Microsoft Memperlihatkan Windows 8 Dengan Antaramuka Metro
Microsoft Memperlihatkan Teknologi Pada Masa Akan Datang
Fungsi Input Suara Pada TellMe Dan Siri Dibandingkan Secara Adil

5 Komen

  1. izzat aziz pada 13 Dec 2008

    ni dah jd cm forum tebukak..
    best2.. bnda ni bakal keluar freeware ke? ke kena beli..hehe

  2. Sabri pada 14 Dec 2008

    ahaks, besh gak mende cam gini.. hehe.. ni gune software ke online jew?

    jom join contest kat blog sabri.. ahaks..

    http://www.ahmadsabri.net/

  3. mazudi pada 15 Dec 2008

    Rasanya cuma satu lagi versi web social. Aku tak yakin boleh pigi jauhlah. Unless ada x-factor tersendiri.

    • aMaNz pada 16 Dec 2008

      maybe microsoft pun dah taw kot, sebab tue mash dalam LiveLabs…huhu

  4. Junaidix pada 16 Dec 2008

    apa ke benda nyer yang microsoft nak buat nih? bikin aku kompius aar.. hehe


Tinggalkan Komen Anda