29Dec

Muxlim Pal – Dunia Maya Bercirikan Islam

e-Permainan, Web 2.0

Ingat lagi dengan projek daripada Muxlim yang mana mereka bercadang untuk memperkenalkan dunia maya yang bercirikan Islam? Projek ini telah diberikan nama Muxlim Pal, dan kini ianya dalam peringkat beta.

Muxlim Pal
Antaramuka Permainan Muxlim Pal

Sekiranya anda mempunyai akaun di Muxlim, anda secara automatik akan mendapat satu watak yang dipanggil Pal, beserta dengan sedikit duit untuk memulakan pengembaraan anda di dunia maya tersebut. Anda juga boleh membina personaliti sendiri dengan memilih cara berpakaian dan rupa karakter anda di Muxlim Pal.

Muxlim Pal
Dunia Maya Muxlim Pal

Sama seperti permainan dunia maya yang lain, Muxlim Pal turut membolehkan anda membeli hadiah kepada rakan anda, atau membeli barangan untuk anda sendiri. Disamping itu, anda juga boleh mengubah dekorasi bilik anda dengan gaya kesukaan anda, dan membeli aksesori tambahan dengan duit dunia maya yang diberikan dan terdapat pada Muxlim Pal.

Muxlim Pal
Watak Yang Di Kawal Di Dalam Bilik

Untuk mula bermain dalam dunia maya ini, anda hanya memerlukan akaun Muxlim yang mana ianya adalah percuma. Kini ianya masih dalam peringkat beta, dan mungkin memerlukan sedikit masa untuk mengeluarkan versi penuh mereka. Sebelum ini, Google juga telah mencuba untuk memasuki arena dunia maya, tetapi mengumumkan pengunduran diri mereka selepas beberapa bulan melancarkannya.


HTC Desire - Internet Dan Multimedia Pada Satu Gajet
Pelancaran WordPress 3.1 Di Tangguhkan
MyDeal Bakal Memperkenalkan Diskaun Untuk Pelancongan
Aplikasi Facebook Untuk iPad Diperlihatkan - Masih Dalam Pembangunan
Facebook Messenger Bakal Membawakan Sokongan Panggilan Video Pada iOS?

27 Komen

  1. KNizam pada 29 Dec 2008

    cam best je ni. hehe :)

  2. Junaidix pada 29 Dec 2008

    muxlim? impresif tu.. hehe

    • aMaNz pada 29 Dec 2008

      hehe..dah jadi trademark hang…

  3. anasxz pada 29 Dec 2008

    muxlim? m. takpenah tau..
    org2 katun tak muxlim pun..

  4. anasxz pada 29 Dec 2008

    katun xpo.. leh donlot ka?

  5. matt pada 29 Dec 2008

    em…mat ade akaun muxlim…nk try la nt…

  6. lydiarayyan pada 29 Dec 2008

    camana nak men tu?

    • aMaNz pada 29 Dec 2008

      kawal gune mouse jer..hehe

  7. adsense alternative pada 29 Dec 2008

    hehe. kene try gak ni.

  8. hafiz pada 29 Dec 2008

    first time dengar game bercirikan islam…bagus2 boleh perkenalkan kpd barat ciri2 kehidupan Islam :)

  9. awang pada 29 Dec 2008

    dunIa maya bercirikan Islam?apasal karton die tak bertudung,lagi elok rasaNya

    • aMaNz pada 29 Dec 2008

      maybe sebab beta dia tak implement abis lagi kot..hoho..
      aku pun ada terfikir gak tadi..
      semua takde yang bertudung..
      nanti aku emel developer dia..

  10. zaki blogjer pada 29 Dec 2008

    mcm The Sim plak eh

  11. kusu pada 30 Dec 2008

    muxlim..
    aku dah dengar lama jugak dah ni..
    nice info..hee..
    mcm the sim eh..

    tapi nape kartun die tak bertudung ye?
    kalau bertudung lagi aku semangat nak pergi.. :D

  12. ash miyuu pada 31 Dec 2008

    nmpak mcm best jer..
    mcm gaia la plak..nnt aku try!!

  13. Jaws pada 02 Jan 2009

    menarik seh..
    cuma tak bertudung jer katun tuh..
    kalo bertudung bertambah muxlimnya..

    peace!!

  14. fareast pada 02 Jan 2009

    Menarik sekali. Bagus2 kene cuba ni.

  15. cencurut pada 04 Jan 2009

    Macam best jer… samer cam myminicity.com jer… hehehe

  16. haziri pada 09 Jan 2009

    wah ini bagus dan menarik ni…

  17. LoveIslam pada 09 Jan 2009

    Betoi kata bro awang. apakata lengkapkan dengan sistem yang islami spt guna dinar emas ke,bank tanpa riba’ ke , curi kena potong tangan ke, si miskin dibantu ke, konsep sedekah

  18. j_hafiz pada 29 Jan 2009

    xde la nmpk ciri2 muslimnye. hrp2 xde la yg ngarut2nye

  19. Fishballisme pada 28 Feb 2009

    Macam habbo! Cool!

    Aku nak cuba! Thanks for d info!

  20. fazamania pada 24 Jun 2009

    dah register dah …nak try la…

  21. putera pada 25 Jul 2009

    cam ne nk register ah?

  22. azrang pada 29 Jul 2009

    adik bradik habbo jgk ar ni

  23. sairilsyam pada 01 Sep 2009

    knp pompuan tak pakai tudung?

  24. dz pada 20 Jan 2010

    tula… kenapa xpakai tudung?mana ciri2 islamnya?

    sekular@libral punya islam nie?
    @pon islam fundimental?

    mana ciri2 kesyumulan Islamnya…


Tinggalkan Komen Anda