06Dec

Opera 10 Menepati Ujian Acid3

Perisian


Opera 10 Alpha [via]

Opera semalam telah memperkenalkan versi alpha pelayar web mereka yang bakal dikeluarkan pada tahun hadapan, iaitu Opera 10. Yang menariknya mengenai Opera 10, adalah, ianya menepati ujian Acid3 yang mana mendapatkan skor sebanyak 100/100. Opera 10 merupakan pelayar web kedua yang mendapat skor sebanyak itu selepas Safari daripada Opera. Internet Explorer dan juga Mozilla Firefox masing-masing tidak lagi mencapai prestasi tersebut. Malah, Minefield hanya mendapat 93/100. Selain daripada itu, Opera 10 juga memperkenalkan beberapa perkara baru termasuk pengenalan kemaskini automatik (tidak lagi perlu untuk muat-turun dan pasang setiap kali keluarnya versi baru), enjin Opera Presto yang baru iaitu Presto 2.2, masa loading yang lebih pantas (dikatakan 30% lebih pantas), pemeriksa ejaan, dan banyak lagi. Anda boleh mencubanya hari ini dengan memuat-turunnya secara percuma. Walaubagaimanapun, ianya masih dalam versi alpha, dan mungkin terdapat beberapa kecacatan. Versi penuh Opera 10 dijangka menemui pengguna pada tahun hadapan.


Opera 11 Akan Membawakan Fungsi Extensions
Mozilla Memperkenalkan Perkongsian Sosial Melalui F1
Google Chrome Melangkaui 160 Juta Pengguna
Aplikasi Android Yang Memperlihatkan Promosi Berdekatan Dilancarkan
Aplikasi Rasmi Untuk FormSpring Dilancarkan Untuk Android

7 Komen

  1. khai pada 06 Dec 2008

    kadang2 penat jugak dengan demam “browser” ni ….

  2. Fahmishah pada 07 Dec 2008

    huhu, malas betul mahu tukar browser

  3. whiztech pada 07 Dec 2008

    Saya dah cuba.. ada perubahan dari segi kelajuan.. lebih laju berbanding Opera 9.62.. tapi masih tak berapa stabil.. menu ade sedikit kecacatan semasa ‘hover’ (pakai skin ‘native’) dan kadang2 crash yang tidak menentu.. Saya rasa versi stabil Opera 10 mampu memberi saingan kepada Firefox dan Chrome!

  4. KNizam pada 08 Dec 2008

    perghhh nampak menarik. cun pun cun. aku kena cuba neh nanti. hehe :)

  5. Mohd Ismail pada 08 Dec 2008

    aku try da semalam.. pakai la dlm 10 minit.. xberapa selesa.. masih chrome atau firefox =)

  6. 26 pada 09 Dec 2008

    yeah..firefox for life..hahaha…missed those gozilla

  7. Darkz05 pada 09 Dec 2008

    CC kat tempat aku guna browser opera, huhu.


Tinggalkan Komen Anda