10Dec

Oxite – Enjin Blog Dari Microsoft

Microsoft, Web 2.0

Sementara menunggu WordPress 2.7 dikeluarkan, anda kini boleh mencuba Oxite, satu lagi platform untuk menulis blog. Oxite merupakan platform menulis blog yang dibangunkan oleh pihak Microsoft, yang mana ditulis dengan menggunakan ASP.NET MVC, dan dibangunkan untuk tujuan seperti memperlihatkan contoh penggunaan ASP .NET MVC dan juga menyediakan suatu ruangan yang mudah untuk menulis blog.


Ruangan Menulis Artikel Pada Oxite

Walaupun ianya sudah agak terlambat bagi Microsoft untuk memperkenalkan kod sumber terbuka mereka, ianya tidak salah untuk kita sebagai pengguna untuk mencuba Oxite. Microsoft juga berharap agar pembangun laman web dapat menyesuaikan diri mereka dengan ASP.NET MVC. Walaubagaimanapun, versi yang diperkenalkan cuma Alpha, dan memperlihatkan beberapa fungsi yang mana boleh dicapai dengan menggunakan Oxite – CMS daripada Microsoft.


Tema Asas Oxite

Sama seperti platform menulis blog yang lain, Oxite juga menyediakan beberapa fungsi yang biasa diguna pakai seperti trackback, pingback, RSS, meninggalkan komen (berdaftar ataupun tidak), sokongan gravatar, dan pelbagai perkara lagi.


Ruangan Komen Pada Oxite

Oxite dibangunkan oleh orang sama dibelakang beberapa blog utama Microsoft seperti Channel 9, On 10 dan pelbagai blog lagi. Sama seperti WordPress, Oxite juga boleh dipasang pada server dengan mudah, dan juga menggunakan satu database untuk blog-blog yang lain.

Anda boleh mencuba Oxite hari ini secara percuma (barang percuma dari Microsoft?) dan memasangnya pada blog anda, dan cubalah antara aplikasi yang bakal mempopularkan ASP.NET MVC.


Pindahkan Duit PayPal Ke Akaun Bank Tempatan
WordPress.com Memperkenalkan Fungsi Like
1Tube Mula Menawarkan Ganjaran Untuk Menarik Pengunjung
Microsoft Malaysia Menyambut Ulang-Tahun Ke-15 Hotmail
(Ura-Ura) Windows 8 Pada Ogos 2012, Windows 9 Pada 2014

16 Komen

  1. safwanhussin pada 10 Dec 2008

    Tak semua server support asp .net kan…

  2. 26 pada 10 Dec 2008

    ..thanks….1.3mb rar..hurmm…ringan..jap lagi gua try install

  3. 26 pada 10 Dec 2008

    kene carik pelantar Windows jugak ek?

  4. Kreuger pada 10 Dec 2008

    wah thanks~
    lepas ni bleh laa aku test install
    kat server aku. sebab server aku
    windows based… ekeke~

    tapi aku prefer wordpress. sebab
    dah tertambat dengan user
    interface die yang terbaru utk
    ver2.7RC1… tengah tunggu ver.27
    tak sesabor… ekkeke~

    Kreuger®

  5. KNizam pada 10 Dec 2008

    aku suka dengan theme dia yang simple je. nampak mcm os tiger plak. hehe :)

  6. Junaidix pada 10 Dec 2008

    .net eh? adeih.. huhu.. aku tau sikit2 .php aja.. camner tuh? :P hehe

  7. xmindfreakx pada 10 Dec 2008

    harap berfungsi aik..jangan jadi macam blogspot…

  8. lin pada 10 Dec 2008

    alamak amnz klu tang IT ni mmg x la pasal semua ni,software ke,ape ke,ni pun pandai kwn yg ajar ni,boleh la sikit pandai skrg..aman boleh ajar sis ke?

  9. zool pada 10 Dec 2008

    Aku fokus kat wordpress ngan blogspot je la..
    tak terlayan semua2 nie…

  10. Fahmishah pada 10 Dec 2008

    Sever linux boleh pakai tak aplikasi ini?

  11. Khai pada 11 Dec 2008

    just say yes to WORDPRESS!! haah

  12. izzat aziz pada 11 Dec 2008

    bnda ni akan jd ie untuk dunia cms, nasib lah klau rmai yang nak guna..

    microsoft2..

  13. awqi_zar pada 11 Dec 2008

    daripada ape yg ak tau aman..script blog nie hanya utk server yg pki windows jek..utk linux xpasti lg tp mgkin utk windows sahaja..ini mgkin sebahagian strategi dieorg utk meramaikan org yg memakai server windows sbb majoriti yg pki server linux aman..

  14. aman pada 11 Dec 2008

    yer kot…antara strategi diorang..hoho..mane ada yang nak server windows, sumer nak cpanel, yang cpanel, konpem-konpem kena guna linux. haha.

  15. EiNS pada 16 Dec 2008

    Nak cuba tp x faham cara nk install…even lam localhost pon aku xtau :(

    p/s: aman bleh ajar x? hehe…

    • aMaNz pada 16 Dec 2008

      haha..
      aku pun masih tgh mengkaji..
      maybe sebab dia kena gune platform server windows kot..


Tinggalkan Komen Anda