• Selepas Ikon, Kini Connection

    Ingat lagi mengenai Ikon.my yang dilancarkan baru-baru ini. Kini, pembangun yang sama membangunkan suatu lagi laman sosial yang diberi nama Connection. Sekali pandang rekabentuknya menyerupai Facebook, dan kegunaannya juga lebih kurang sama.


    Contoh Profail Pada Connection

    Laman ini telah dilancarkan pada 5 November yang lepas, dan menurut pembangun pada profailnya, laman ini masih lagi berada dalam fasa percubaan. Mungkin pihak pembangun laman ini, perlu mengubah rekabentuknya supaya tidak menyerupai sebarang laman-laman sosial yang lain. Malah, ianya akan lebih menarik sekiranya suatu laman sosial dengan topik khas diwujudkan, seperti laman sosial untuk pemilik sesuatu kereta, motorsikal dan sebagainya. Ini adalah kerana lambakan laman sosial di luar sana, dan memerlukan sesuatu yang istimewa untuk bersaing dengan mereka.

    Walaubagaimanapun, laman Connection kelihatan lebih menarik berbanding dengan laman Ikon. Mungkin perlu menyediakan pilihan untuk menggunakan bahasa Melayu pada kedua-dua laman ini, kerana Friendster dan juga Facebook yang dibangunkan oleh pembangun negara luar turut menyediakan pilihan bahasa Melayu.

22 Komen

  1. megat on 02 Dec 2008

    wah semakin bertambah laman sosial yang dicipta warga tempatan! syabas!

    tetapi memang perlu dibuat mengikut acuan sendiri dan tidak menyamai mana-mana laman sosial lain.

  2. alone on 02 Dec 2008

    wow.

    perkembangan yang mantap.

  3. MK on 02 Dec 2008

    uh, apa beza ikon.my dengan connection.my? kenapa perlu ada dua social network yang lebih kurang sama, dari developer yang sama?

    interface memang lagi elok dari ikon.my. cuma elakkan dari nampak cam rip-off sangat. buat identiti sendiri ya.

    teruskan membangun :)

  4. EiNS on 02 Dec 2008

    Aku dh x larat nk join bnyak2 social network…cukup la friendster, myspace, facebook je…

    hi5, tagged member invite aku ignore trus…

  5. azraai on 02 Dec 2008

    byk tul sampah skang.

    tak paham ker dia org ni.

    “rel=me” yang penting bukan menyemakkan lagi internet dgn data.

  6. aMaNz on 03 Dec 2008

    maybe kena buat cross platform antara ikon ngan connection kot, so user hanya perlu register hanya sekali sahaja..

  7. abdusfauzi on 03 Dec 2008

    hmm.. kena cari satu kunci unik untuk tarik pengguna from Facebook, kalau tidak, kurang efektif.

    betul, mungkin kene cari topik yang difokuskan, kalau tidak, sama seperti FB / MS / FS.. hmm..

    hanyalah cetusan minda ini. [^^]

  8. khai on 03 Dec 2008

    yg connection tu, nampak sangt ciplak facebook.. saling tak tumpah… ke dah ade keluar CMS facebook ek untuk diguna pakai.. nak gak aku try sepam…

    ahahaha..

  9. kita on 03 Dec 2008

    manpukah mereka bertahan utk lawan sosial international erk….

  10. mrahfa on 04 Dec 2008

    isk isk isk, terkejut aku amanz, aku dah le selalu singgah sini (macam baca suratkhabar la kan?)

    Thanks untuk semua, kita buat sesuatu tu niat nak belajar kan? Semoga apa yang kita buat akan beri manfaat & boleh digunakan oleh orang lain.

  11. farhan on 04 Dec 2008

    setelah check source dia, rupanya dia beli script tuh dari http://www.socialenginedev.com.

    aku lagi bangga kalau anak tempatan buat sendiri dari beli.

    patutlah design web tu sama aje, sebab tak ubah lagi selepas beli.

  12. bob on 04 Dec 2008

    Tadak salahnya klon.

    http://www.facebookclonesoft.com/
    http://www.scriptcopy.com

    banyak lagi tu. klon la lagi… wkakaka..

  13. asx on 04 Dec 2008

    hmm . clone macam nih dah banyak kt internet .

    *ada clone utk .co.cc x? . x jumpa2 lg yang boleh pakai . hmm. =)

  14. EiNS on 06 Dec 2008

    Kalau betul2 nk target user dr malaysia…main language buat la english dan bm..pastu content ke apps ke pape ditujukan untuk user malaysia..

    kalau setakat clone buat hape? aku pon boleh upload script pastu install…buat social networking sndiri..

    please la, tolong innovate sndiri kalo nk success…

  15. khai on 06 Dec 2008

    yg aku x faham, kenapa amanz leh promo web tu.. padalah nampak sangat picisan.. ko promo buat web tu nampak macam “kool” pulak amanz yer… hehehehe.

  16. cyberfly on 06 Dec 2008

    pandangan aku,biarkan webmaster itu mencuba.maybe dia ada target sendiri.
    sbb jadi webmaster ni mmg best :D

  17. aMaNz on 06 Dec 2008

    haha…bukan promo ler bro…just, teknologi kan. Lagi-lagi orang tempatan nyer. Kang cakap aku tulis pasal org putih jerk. haha.

  18. MK on 06 Dec 2008

    Amanz hanya media, bukan promoter. Ok gak ada coverage pasal local scene, baik atau buruk, asalkan ada.

  19. burn on 07 Dec 2008

    sebab dia blogger. kene ada content. so baik buruk, promote ke tak, dia kene blog something.

  20. 26 on 07 Dec 2008

    aku ingat dia ripp rupanya beli hehehe

    takpelah buat kali ini nampak macam picisan (kebanyakan portal dahulu kala pun bermula dari picisan…)..at least ianya percuma.

    tapi seeloknya interface tu kene banyak ubah.

  21. farhan on 08 Dec 2008

    mrahfa, mmg tujuan untuk belajar, tapi aku rasa kalau nak belajar, baik buat dari bawah. ko belajar structure coding orang lain ke ? tak perlulah sampai kene beli. banyak je framework orang dah buat, cuma nak tokok tambah aje.

    kebanyakkan orang pakai yang clone nih, dorang takleh pergi jauh, sebab tak reti nak customize ataupun takleh. ye lah, developer dia taknak kita customize, sebab dorang nanti takleh kenekan extra bayaran after purchase.

  22. safar on 25 Sep 2009

    sampai sekarang aku masih tunggu
    laman social buatan malaysia orang
    melayu.bahasa pun kena melayu
    juga.takkan bahasa orang putih kot.

    Beli skrip klon Facebook tak semestinya
    mesti guna rekabentuk asal.upah saja
    pereka bentuk laman sesawang tempatan.
    baru muncul dengan identiti sendiri….


Tinggalkan Komen Anda