25Dec

Sifoo.com Memerlukan Sumbangan Anda

Lain-lain, Web 2.0

logo_sifooSifoo.com yang mana dimulakan pada tahun 2000, kini menghadapi masalah server dan memerlukan bantuan kewangan daripada para penggunanya, dan sesiapa sahaja. Sifoo.com sehingga hari ini, dikatakan berkongsi server dengan lagi satu forum komuniti iaitu PGx. Disebabkan masalah server, kedua-duanya kini menghadapi masalah untuk diakses. Malah, tuan punya laman Sifoo.com sendiri telah meletakkan notis bahawa mereka memerlukan sumbangan daripada sesiapa sahaja. Beberapa orang sumber telah mengatakan bahawa PGx telah pun menghulurkan sebanyak RM2000, dan mereka memerlukan lagi RM2500 untuk membeli server baru.

Berikut merupakan petikan daripada halaman utama laman Sifoo.com:

Sifoo.com akan terpaksa ‘bergelap’ seketika di atas sebab teknikal. Kami mengalami masalah server yang kronik. Server ‘usang’ kami sudah tidak mampu lagi menampung apa yang ada sekarang ini.

Untuk pengetahuan, server ‘usang’ tersebut dibeli pada 2004 dengan sumbangan-sumbangan yang diterima daripada pengunjung-pengunjung setia Sifoo.com. Sifoo.com hidup dengan wujudnya komuniti ‘Sifoorian’ yang sangat harmoni dan saling berkongsi ilmu dan pandangan.

Oleh yang demikian, kami di Sifoo.com sekali lagi ingin memohon ‘bantuan kemanusiaan’ agar Sifoo.com ‘bercahaya’ kembali. Kami ingin membuat kutipan sumbangan kilat agar dapat membeli server baru dalam lingkungan harga RM4,500.00. Di waktu sedang menulis ‘ucapan’ ini, kami sudah pun menerima sumbangan lebih kurang RM2,000 (secara verbal).

Jadi, kami harap sangat jika ada yang sudi membantu bagi menambah kutipan sumbangan. Nilaian tidak penting, asalkan yang ikhlas. Kecil atau besar, kami terima. Asalkan Sifoo.com boleh kembali memberi sumbangan kepada anda semua, masyarakat Malaysia. Sifoo.com akan terus kekal sebagai komuniti besar (percuma) di atas sokongan anda semua.

Terima kasih. Semoga dengan sumbangan anda diberkati sepanjang hayat. Insya-Allah.

Walaubagaimanapun, masih tidak terdapat sebarang pengumuman pada laman blog tuan punya Sifoo.com. Domain Sifoo.com didaftarkan pada April 2000, yang mana menunjukkan bahawa komuniti Sifoo.com telah hidup selama lebih 8 tahun. Selain daripada Sifoo.com, komuniti lain yang membincangkan topik yang seumpamanya adalah Pergh.com.


FeedMalaya - 2 Fungsi Baru, dan Halaman Pengguna
Rais : Blackberry Tidak Akan Di Haramkan
WildFire Umpama Alexa Untuk Twitter dan Facebook
Lebih Kurang $100 Juta Nilai Saham Facebook Dipegang MOL
MOL Mengambil-Alih LoadCentral Di Filipina

14 Komen

  1. khai pada 25 Dec 2008

    ah sudah… moga dana yg mereka perlukan, dapat terkumpul dgn cepat… then boleh online balik macam biasa…

    even aku x join pon sifoo.com tu, tapi aku tahu web tu adalah terbaik.. sbb aku pernah jadi guest kat website tu… hehehe….

    ko x menyumbang ke amanz? kedekut..

    • aman pada 25 Dec 2008

      Haha..aku pun tgh korek-korek tabung nie..haha..

      p.s: kalo ikhlas, mane leh kecoh-kecoh..haha

  2. emptyspace pada 25 Dec 2008

    backorder domain ni bagus ni.. akaaka

    • aMaNz pada 25 Dec 2008

      Bile nak kembali berblog bro?

      • emptyspace pada 25 Dec 2008

        hehe.. aku masih lagi la..

        • aMaNz pada 26 Dec 2008

          ape URL nyer? atau masih rahsia..huk3

          • khai pada 26 Dec 2008

            tu la pasal.. rahsia tak hengat bro emptyspace kita..

  3. Maya pada 25 Dec 2008

    Jarang dah masuk sifoo then dapat tau hal ni dr sini… Jom kita bantu mana yang termampu…

    • aman pada 25 Dec 2008

      yup, mari sama-sama membantu..

  4. loque pada 25 Dec 2008

    web ni ade ape ek?
    pernah dengaq je
    x pernah masuk pown
    macam forum ke nih?

    • aMaNz pada 25 Dec 2008

      ha’a..forum, bincang mainly about multimedia ngan grafik…

    • Azree Hanifiah pada 25 Dec 2008

      Sifoo.com ni banyak melahirkan otai2 internet dan grafik.

      Rasanya Irfan Khairi dulu pun join gak sifoo.com nih.
      Teringat dulu belajar editing photoshop masa form 4 dulu kat sifoo.com

    • 26 pada 26 Dec 2008

      sifoo.com one of the oldest…you should google more ( i mean for anything rather than asking much)

  5. nche-net pada 11 Jan 2009

    saya melihat sekarang ini sudah menjadi trend di mana2 laman web yang tidak mampu menanggung kos biaya hosting mereka dengan mengharapkan sumbangan dari ramai pihak. saya di sini ingin mengesyorkan pihak tuan supaya sertai mana2 program yang berasaskan sumbangan ikhlas yang banyak terdapat secara online sekarang ini. ia bukan saja akan dapat membantu pihak tuan, tapi ianya juga akan dapat membantu pihak yang telah membantu tuan itu kembali. itulah yang dinamakan konsep membantu sesama insan dengan beramal jariah. tiada niat lain cuma satu kesedaran. jika tuan ikhlas silalah sertai saya dengan ikhlas di http://www.e-jariah.net/ct_mawar85. salam ukhuwah.


Tinggalkan Komen Anda