04Dec

WordPress 2.7 Bakal Menemui Pengguna Esok

Web 2.0

Update: WordPress 2.7 versi CMS akan dilepaskan selewat-lewatnya pada 10 Disember, dan mungkin lebih awal sekiranya semuanya berjalan lancar. Mulai hari ini, pengguna WordPress.com sudah dapat menggunakan WordPress 2.7. Anda masih boleh mencuba WordPress 2.7 RC1, dan kemudiannya membuat kemaskini automatik apabila versi penuh dikeluarkan kelak. Sekian.

WordPress 2.7 yang ditunggu-tunggu para penulis blog dijangka akan menemui mereka esok petang. Sebelum ini, pihak pembangunnya, Automattic telah pun mengeluarkan WordPress 2.7 Beta 1 pada awal bulan lepas dan WordPress 2.7 RC1 beberapa hari yang lalu.


Antaramuka Halaman Dashboard Pada WordPress 2.7

WordPress 2.7 bakal memperlihatkan perubahan yang drastik pada bahagian dashboard (admin) yang mana memperlihatkan susunatur, antaramuka dan rekabentuk yang baharu. Bahagian menu dibawa ke bahagian kiri berbanding pada bahagian atas sebelum ini. Anda juga boleh mengubah susunan pada bahagian dashboard dengan mudah iaitu dengan hanya drag-n-drop.

Selain itu, WordPress 2.7 juga bakal memudahkan para pengguna menaik-taraf pemasangan WordPress mereka dengan mudah, tanpa perlu memuat-turun dan naik seperti sebelumnya. Perkara ini menjadi sebuah masalah besar kepada para pengguna WordPress, kerana sering perlu mengubah pemasangan mereka kepada versi yang lebih baru. Namun ada juga beberapa pengguna yang menggunakan bantuan plugin untuk mengemaskini pemasangan mereka. Kini, ianya tidak perlu lagi.

Esok merupakan hari yang dinanti-nanti oleh para pengguna WordPress seluruh dunia, dan juga WordPress.com yang mana bakal memperlihatkan fungsi yang serupa pada laman mereka.


Uruskan Rakan Twitter Melalui Fungsi List
Aplikasi Rasmi Twitter Untuk iPhone Di Perkenalkan
Twitter Menghalang Penyedia Iklan Melalui Tweet
Facebook Groups Di Beri Nafas Baru
Groupon Memperluaskan Perkhidmatan Ke Pulau Pinang

29 Komen

  1. Azman @ Kreuger pada 04 Dec 2008

    Bro… tanye skit. Kalau saya nak upgrade wp saya… entri sebelum ni hilang tak? sebab wp saya saya host sendiri kat PC yang saya jadikan server.

    so bleh kasik sikit tips untuk upgrade besok? thanks~

    Note:- Blog saya ade 2. 1 kat blogspot… dan satu lagi WP yang saya host sendiri.

    Kreuger®

  2. melayubuntu pada 04 Dec 2008

    huhu…mmg ku tunggu jgk la..

  3. aMaNz pada 04 Dec 2008

    @Azman:

    Entri lama tak hilang. Ada jerk. Walaubagaimanapun, just in case, buat backup database ngan fail WordPress yang lama dulu sebelum buat upgrade.

  4. megat pada 04 Dec 2008

    hoho tak sabo nak upgrade nie. pasti seronok dengan mood baru wahaha.

  5. Azman @ Kreuger pada 05 Dec 2008

    woo cenggitu ke citer nye… worait…
    thanks.. besok sebelom bertolak.. aku akan upgrade dulu ar.. huhuhu~

    Kreuger®

  6. shaxx pada 05 Dec 2008

    tengah dok tunggu juagk nih!

  7. khai pada 05 Dec 2008

    alahai.. baru je 2 hari lepas upgrade dari beta ke RC1 .. ni dah dia nak release betul2 punya 2.7 plak.. bapak ngade2 si matt ni..

  8. Bat pada 05 Dec 2008

    Aman, wp 2.7 yang nak keluar arini tu, hanya untuk wordpress.com

    Yang versi pasang sendiri tu lambat lagi, sebab RC1 baru keluar, team wp tengah kumpul info-info dari user lain dulu.

  9. zaki blogjer pada 05 Dec 2008

    ooo, utk wordpress.com je la ye Bat. Takple, nnti2 ada la tuh

  10. etomyam pada 05 Dec 2008

    mengharapkan sesuatu yg lebih baik dari sebelum ini

  11. KNizam pada 05 Dec 2008

    eh hari ni ke eh ?
    aku check panel aku tadi takde pun. hehe :)

  12. abdusfauzi pada 05 Dec 2008

    huhu… [drools]

  13. Azman @ Kreuger pada 05 Dec 2008

    bro thanks… aku dah tengok
    tapi baru aku tau yang 2.7 tuh untuk
    wp.com miahaha… so aku upgrade
    ver.2.7rc1 untuk blog sendiri…

    aisey… salah understanding laa plak.
    tapi ape pon janji skang ni dah hapdet

    ekekeke~ Thanks ar

    Kreuger®

  14. Maya pada 05 Dec 2008

    Tak release lagilah… tunggu admin bangun kot

  15. eimyan pada 05 Dec 2008

    rpe admin panel die cambest..

  16. appleblogger pada 05 Dec 2008

    ehm. kene tunggu dulu.

  17. Fahmishah@yahoo.com pada 05 Dec 2008

    pergh! aku baru je update kelmarin

  18. eSempoi.com pada 06 Dec 2008

    wahhh…nampak hebat…!!

  19. topek pada 06 Dec 2008

    salam saudara amanz… saya nak tanya skit. macam mana nak guna wp yang kta host sendiri??

    satu lagi… ada e-book dalam BM x pasal Joomla!??

  20. cyberfly pada 06 Dec 2008

    tak sabar tunggu official release wordpress 2.7 :)

  21. khai pada 06 Dec 2008

    me to cyberfly…

  22. aman pada 06 Dec 2008

    @topek : saya tak berapa faham soalan saudara. Sila jelaskannya.

    @cyberfly & @Khai : 10 Disember paling lewat. Huhu.

  23. adib. pada 06 Dec 2008

    wehh..esok tu ble..wehh..still tak paham..waktu dia xdak ka..klu cam kat msia seperti yg kita tahu la.. GMT +8..tp waktu yg geng WP nih nk lepas bila…

  24. MK pada 07 Dec 2008

    @topek: beli domain dan hosting sendiri, pastu download fail wp tu dan upload ke domain.

  25. anasxz pada 07 Dec 2008

    kuar update lagi WP… tak sempat nak update.. tulis blog pon malas.. biarlah yg lama selalu leh guna..

  26. topek pada 07 Dec 2008

    @MK : thanx…

    macam mana nak letak shoutBox kat wp yerk??

  27. cyberfly pada 07 Dec 2008

    @topek,ko pegi kat widget,pilih yg Text.lepastu paste je code html kat situ.

  28. mazuki selangor2u.com pada 10 Dec 2008

    dah keluar ke ek???


Trackbacks/Pingbacks

  1. Major Upgraded on Youtube. Apekah? [at] justkhai{dot}com - Smuftastic blog by Khai | Founder of Scukz

Tinggalkan Komen Anda