04Dec

YouTube Memburukkan Video Yang Di Embed

Google

Mulai hari ini, YouTube telah mengubah bentuk video yang diembed pada blog atau laman web, dengan menyertakan ruangan carian pada bahagian atas video tersebut. Walaubagaimanapun, ruangan tersebut akan disorokkan apabila video dimainkan, dan muncul apabila tetikus diletakkan pada atas vide tersebut.

YouTube Embed - Anwar Ibrahim
Bentuk Pemain Video Yang Di Embed Pada Blog

Sebuah fungsi baru yang kurang menarik daripada pihak YouTube. Mungkin ianya boleh mengakibatkan ramai penulis blog tidak lagi memasukkan video daripada YouTube, tetapi mencari laman-laman alternatif untuk video. Walaubagaimanapun, sekiranya anda ingin membuang ruangan carian pada video yang diembed, anda hanya perlu menambah sedikit koding, dan ianya akan hilang.

Tambah kod &showsearch=0 pada kod embed, dan ruangan carian tersebut dapat dihilangkan. Untuk maklumat lanjut mengenai bentuk koding pada YouTube, anda boleh melayari halaman parameternya di Google Code.


Google Reader Memperkenalkan Rekabentuk Baharu
Fungsi Baru Android Honeycomb Diperlihatkan
Picasa Web Kini Tidak Mengambil Kira Gambar dan Video Bersaiz Kecil
Chrome 14 Bakal Membawakan Halaman Tab Task Manager
Mozilla Memperbaharui Perjanjian Bersama-sama Pihak Google

5 Komen

  1. megat pada 04 Dec 2008

    aku perasan juga tadi. ternyata ia memburukkan lagi rupa paras antaramuka video tersebut!

  2. chuckiesd pada 05 Dec 2008

    oo..patut laa biler aku masukkakn you tube ni tetiba jer ader function search…

  3. appleblogger pada 05 Dec 2008

    hehe. tak best. biar yg asal. lagi best.

  4. khairulanarm pada 06 Dec 2008

    better biar mcm dulu lg ok..
    ade function baru tu pon x elok..

  5. Azizwan™ pada 09 Dec 2008

    betul.. takde opsyen search tu pun ok ape..

    anyway.. thank utk tips tu..


Tinggalkan Komen Anda