24Dec

YTLe Bakal Menyediakan Khidmat WiMax Tahun Hadapan

Lain-lain

Mulai tahun depan mungkin terdapat persaingan yang agak kuat dalam industri WiMax tempatan. Ini kerana YTL e-Solutions Bhd (YTL-e) mungkin akan memulakan khidmat mereka mulai tahun depan. Buat masa ini, hanya terdapat satu sahaja penyedia WiMax tempatan iaitu, Packet One.

Berbeza dengan Packet One yang menyediakan perkhidmatan mereka secara berperingkat ke seluruh negara, YTLe bercadang untuk memperkenalkan servis mereka secara terus ke seluruh negara pada waktu yang sama, termasuk di Sabah dan Sarawak. Bagi mencapai tujuan itu, YTLe bekerjasama dengan Cisco Services Malaysia Sdn Bhd yang bertindak sebagai rakan kongsi dalam teknologi. Kerjasama di antara Cisco dan YTLe membolehkan kesepaduan dalam sistem komunikasi asas Wimax untuk YTLe yang membabitkan protokol Internet (IP), sistem sokongan operasi dan banyak lagi.

Sekiranya YTLe turut dapat memberikan liputan yang cukup pantas kepada kawasan luar bandar, mungkin ianya akan menjadi satu saingan yang hebat kepada Packet One, dan mungkin juga penyedia broadband mudah-alih seperti Celcom, Maxis, Digi dan juga U Mobile.

Kredit : myMetro


#Oct23rdTwtUp - TwtUp Terbesar Di Malaysia
Kampung WiFi Di Perkenalkan Di Gua Musang, Kelantan
64% Pengguna Malaysia Dipengaruhi Oleh Pengiklanan Media Sosial
Penganalisa : Penggunaan Tablet Dan Telefon Pintar Di Malaysia Dijangka Meningkat Dengan Drastik Pad...
(Video) Kenali Perkhidmatan Dari Kerajaan - ePerolehan Dengan Lebih Dekat

4 Komen

  1. khai pada 24 Dec 2008

    bagus2.. bila mereka bersaing, untung dapat kat kita… pasti harga makin murah..

    psst: theme baru lagi…. lebih kemas, menarik n user friendly… kool …

    amanz, dah usya http://www.ohartis.com … huhu

    • aMaNz pada 24 Dec 2008

      jap lagi aku usha..huhu
      tgh download prison break nie..abis dia tarik line..haha

  2. titan pada 26 Dec 2008

    hoho..janji masuk pasaran banting..

  3. Sweet Thinker pada 26 Dec 2008

    janji hulu legeh dpt liputan beserta ongkos yg murah. br ngam. paham2 je la cisco.


Tinggalkan Komen Anda