Cari @ Amanz

Microsoft kini memberikan tawaran hadiah supaya para pengguna menggunakan enjin cariannya – Live Search. Melalui program yang dikenali sebagai SearchPerks, Microsoft memberikan anda mata setiap kali anda gunakan enjin carian mereka dan anda seterusnya boleh mengubahnya kepada hadiah bergantung kepada jumlah mata terkumpul anda. Progam yang lebih kurang sama seperti Bonuslink dan Real Rewards di Malaysia ini memerlukan anda memuat-turun dan memasang suatu progam khas yang mana ianya berfungsi untuk track penggunaan anda.

Ini merupakan salah satu daripada usaha untuk memasuki ke dalam arena enjin carian walaupun pernah gagal sebelumnya. Walaubagaimanapun, ianya terlalu awal untuk membuat kesimpulan kerana saban hari ramai yang memasuki ke dalam dunia internet untuk mencari duit pantas, dan ini mungkin boleh menyebabkan program ini berjaya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd