Cari @ Amanz

Bagi yang mengikuti perkembangan pemain VLC Media Player, kini versi terbarunya, VLC Media Player 0.9.4 sudah pun boleh dimuat-turun. Bagi yang tidak mengenali apa itu VLC Media Player, ianya merupakan pemain sumber terbuka yang boleh memainkan pelbagai format video termasuk memainkan video terus dari internet melaluinya.


VLC Media Player Pada Platform Vista [via]

Melalui versi 0.9.4 ini, beberapa perkara baru yang diperkenalkan adalah seperti:

  • Youtube, Dailymotion, Google Video dan beberapa servis video yang lain boleh dimainkan terus di dalam pemain VLC.
  • Menyokong DVB Windows Devices (BDA), iSight Webcams, v4l2 di platform Linux.
  • Sokongan imej Album.
  • …dan beberapa perkara menarik yang lain.
  • Anda boleh memuat-turun VLC Media Player ini untuk semua sistem operasi, termasuk pelbagai platform Linux. Selain daripada itu, pihak VLC juga memerlukan pembangun menyumbangkan kepakaran mereka untuk pembangun VLC Media Player yang seterusnya. Jika anda mempunyai kepakaran berkaitan pembangunan perisian, mungkin anda boleh menyumbangkan tenaga anda, supaya pemain VLC Media Player ini berkekalan.

    © 2024 Amanz Media Sdn Bhd