Cari @ Amanz

Sudahkah anda mencuba Firefox 3.1 Beta 1 tempoh hari? Jika ya, anda mungkin perlu mencuba Mozilla Minefield yang dikatakan oleh orang ramai sebagai Mozilla Firefox 4. Tetapi, versi cubaannya yang baru menamakannya sebagai Mozilla Firefox 3.2.


Antaramuka Minefield Serupa Seperti Firefox

Minefield masih dalam pembangunan, dan versi cubaan yang sedia dimuat-turun adalah untuk cubaan sahaja. Jadi, mungkin terdapat pelbagai masalah yang timbul ketika penggunaannya. Seperti versi cubaan yang lain, ianya tidak menyokong beberapa extenstion Firefox. Walaubagaimanapun, anda boleh mengatasi masalah ini dengan menggunakan satu extension khas – Nightly Tester Extension.

Bagi saya, ianya kelihatan lebih pantas daripada Mozilla Firefox 3.03, tetapi saya tidak merasai sebarang perubahan kelajuan berbanding Mozilla Firefox 3.1 Beta 1. Mungkin hal ini disebabkan masalah kelajuan internet yang digunakan oleh saya. Walaubagaimanapun, beberapa pengguna yang telah mencuba Minefield pada komputer mereka mengatakan ianya amat pantas dibandingkan dengan semua pelayar web. Malah ada yang mengelarkannya sebagai pelayar web terpantas di dunia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd