Cari @ Amanz

Yahoo! telah mengumumkan bahawa mereka tidak lagi akan mengeluarkan versi terbaru untuk Yahoo! Messenger untuk Vista. Yahoo! Messenger untuk Vista adalah antara aplikasi pertama yang dibangunkan khas untuk Windows Vista.


Yahoo! Messenger Untuk Vista

Yahoo! mengeluarkan versi cubaan pada Disember tahun lepas sebelum mengeluarkan versi Beta pada Mac yang lalu. Mungkin kerana kepopularan Vista yang makin merudum membuatkan Yahoo! menarik para pembangun YM! untuk Vista dan menumpukan pada versi Windows yang akan datang. Walaubagaimanapun, pengguna yang menggunakan YM! untuk Vista masih boleh menggunakannya, tetapi dicadangkan oleh pihak Yahoo! untuk berubah kepada YM! 9.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd