Cari @ Amanz

Hari ini pihak Automattic melancarkan WordPress Showcase, yang mana memperlihatkan blog-blog yang menarik dan inovatif yang mana dibangunkan menggunakan platform WordPress samaada WordPress.com atau pun WordPress.org.


Antaramuka WordPress Showcase [via]

Sekiranya anda seorang perekabentuk, anda boleh mendapatkan ilham daripada beberapa laman terkemuka yang tersenarai padanya. Selain daripada itu, kesemua imej laman web yang dipertontonkan di kemaskini dalam masa nyata. Ini bermakna apa yang anda lihat pada laman Showcase adalah sama dengan apa yang anda akan lihat apabila anda klik pada pautan laman web tersebut.

Sekiranya anda mempunyai sebarang laman menarik yang menggunakan WordPress, anda boleh menghantarkannya kepada pihak mereka untuk diperlihatkan pada WordPress Showcase.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd