Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
MySpace yang dinaungi oleh News Corp telah bersedia dan akan mengubah rekabentuk laman mereka pada minggu ini. Walaupun tidak akan mengubah laman tersebut secara drastik, ianya akan mengubah serba sedikit antaramuka dan rekabentuk laman mereka. Dan ini dijangka berlaku pada hari Rabu ini.
Antara perubahan drastik yang dijangka berlaku adalah pada laman MySpace TV, dimana mereka akan memperkenalkan pemain terbaru untuk memainkan video mereka. Rekabentuk pemain terbaru mereka lebih menyerupai kepada pemain YouTube yang terdahulu, selain memberi pengguna menonton video pada definisi tinggi selain membolehkan pengguna menonton menggunakan full screen. Walaupun laman MySpace TV tidak setanding YouTube mahupun Google Video, pihak MySpace masih mencuba untuk menandingi mereka.
Selain daripada itu, MySpace juga akan menaik taraf tool untuk mengubah profil pengguna dimana pakar HTML boleh menggunakan kepakaran mereka dengan mengubah suai rekabentuk laman profil mereka.
Walaubagaimanapun, saya berharap agar pihak MySpace akan lebih memberi perhatian kepada rekabentuk mereka dengan menyediakan antaramuka yang menarik selain mengurangkan gangguan iklan yang kurang menyenangkan.
9 Komen
Tinggalkan Komen Anda
uit, domain baru ye Aman? nice template.. minimalistic as always ^^
yup, .my malaysia sikit..haha
berapa kos untuk domain dot my ni ya…? kalau boleh… nak grab juga…
Ha bagus tuh.. rekaan antaramuka my space memang tak menarik terutamanya untuk mereka yg minat sgt fency2 nih.. Iklan..Ha yg ni memang aku setuju betul, memang gangguan tahap gaban nih..
kita tunggu rekabentuk baru diorang..huhu
tunggu ar ko sndiri…hehe.
harap-harap… ‘interface’ dia nanti akan lebih ‘friendly user’ ya…
ya! bab-bab iklan ni… rasanya tidak sesuai sangat dengan laman-laman sosial sebegini… tengok sahaja youTube… tidaklah banyak mana iklannya…
hmmm… walaupun saya kurang ke laman-laman sosial, tetapi, saya akan juga akan mendaftar akaun saya untuk laman-laman sebegini… dan mySpace adalah yang mesti!
terima kasih aman di atas perkongsian ini.
p/s: nak cadang: adakanlah ‘search button’ ya…
baru lagi cepat nak mencari post-post yang ingin dicari…
Myspace dalam kenangan….