Cari @ Amanz

Sehingga hari ini, mungkin ramai yang sudah mengetahui mengenai Text Link Ads yang mana popular suatu masa dahulu. Melaluinya, para penulis blog boleh menjual link pada sidebar blog masing-masing pada suatu harga yang ditetapkan melalui algoritma yang dibangunkan oleh mereka. Walaupun ianya sudah membantu ramai penulis blog menjana wang, namun kebelakangan ini, ianya makin merosot. Ini adalah kerana, Google sudah tidak lagi menyukai kaedah sebegini, dan mengambil tindakan dengan menurunkan PageRank blog-blog yang terlibat dalam aktiviti jual beli link ini.


Contoh Penggunaan InLinks Pada Laman Web/Blog

Baru-baru ini, mereka kembali dengan memperkenalkan servis terbaru melalui InLinks. Melaluinya, kini para penulis blog boleh menjual link pada artikel blog mereka dan menjana wang melaluinya. Walaupun ianya suatu perkara yang menarik bagi para penulis blog, bagaimanakah kesannya kepada para pengguna internet? Adakah ianya beretika?

Sebelum ini, terdapat beberapa laman yang menyediakan khidmat yang sama, malah perkara sama juga dipraktikkan oleh Yahoo! pada Yahoo! Mail. Namun begitu, servis-servis yang lain ini, apabila kita hover tetikus kita pada link berkenaan, ianya bakal memperlihatkan suatu pop-up atau sebagainya yang mana menandakan ianya adalah link berbayar ataupun iklan. Perkara ini tidak dipraktikkan oleh InLinks. InLinks tidak memperlihatkan sesuatu link itu sebagai iklan, tetapi sebagai link yang biasa.

Melaluinya, para pengguna yang inginkan maklumat lanjut, mungkin klik pada link tersebut dan rasa tertipu. Ini kerana, kadang-kala para pengiklan membeli keyword yang lain untuk laman mereka, dengan harapan untuk menjana trafik ke laman mereka. Para pengguna yang berasa tertipu pula, mungkin tidak lagi mempercayai penulis blog yang memperlihatkan link tersebut, dan mungkin akan jarang melayari laman mereka.

Jadi apa pendapat anda berkenaan servis ini?

Info: Pautan yang terdapat pada artikel utama di laman aMaNz ini mendapat klik lebih daripada 20 kali dalam tempoh ianya berada di muka hadapan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd