Cari @ Amanz

Sementara menunggu WordPress 2.7 dikeluarkan, anda kini boleh mencuba Oxite, satu lagi platform untuk menulis blog. Oxite merupakan platform menulis blog yang dibangunkan oleh pihak Microsoft, yang mana ditulis dengan menggunakan ASP.NET MVC, dan dibangunkan untuk tujuan seperti memperlihatkan contoh penggunaan ASP .NET MVC dan juga menyediakan suatu ruangan yang mudah untuk menulis blog.


Ruangan Menulis Artikel Pada Oxite

Walaupun ianya sudah agak terlambat bagi Microsoft untuk memperkenalkan kod sumber terbuka mereka, ianya tidak salah untuk kita sebagai pengguna untuk mencuba Oxite. Microsoft juga berharap agar pembangun laman web dapat menyesuaikan diri mereka dengan ASP.NET MVC. Walaubagaimanapun, versi yang diperkenalkan cuma Alpha, dan memperlihatkan beberapa fungsi yang mana boleh dicapai dengan menggunakan Oxite – CMS daripada Microsoft.


Tema Asas Oxite

Sama seperti platform menulis blog yang lain, Oxite juga menyediakan beberapa fungsi yang biasa diguna pakai seperti trackback, pingback, RSS, meninggalkan komen (berdaftar ataupun tidak), sokongan gravatar, dan pelbagai perkara lagi.


Ruangan Komen Pada Oxite

Oxite dibangunkan oleh orang sama dibelakang beberapa blog utama Microsoft seperti Channel 9, On 10 dan pelbagai blog lagi. Sama seperti WordPress, Oxite juga boleh dipasang pada server dengan mudah, dan juga menggunakan satu database untuk blog-blog yang lain.

Anda boleh mencuba Oxite hari ini secara percuma (barang percuma dari Microsoft?) dan memasangnya pada blog anda, dan cubalah antara aplikasi yang bakal mempopularkan ASP.NET MVC.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd